pada suatu hari,aku dan housemates2 berbincang dalam bas.dan soalan utama yang dibincangkan adalah,
adakah KMB membuat anda baik?
bagi aku,the answer is both YES and NO.
sebelum ini,aku bukan tiada asas2 agama.aku pergi sekolah agama,pass with mumtaz on my cert lagi.sekolah menengah pun,agama sentiasa dapat A.tapi itulah,ilmu dan amal itu lain.
masa sekolah menengah,aku selalu tinggal sembahyang.keluar dengan kawan2,lepak di NZ,zohor dan asar ke laut.balik pula terus tidur,maghrib pula burn.kalau mak tanya,baru aku sembahyang.tapi makin meningkat umur,alhamdulillah aku makin sedar,dan bila nak SPM tu penuh dah.
masa aku kerja carrefour,kalau nak sembahyang kena ambil temporary off,which only last for 15 minutes,kalau tak confirm ko kena marah.dahla kena mekap,nak ambik air sembahyang tiap2 kali (confirm batal kena tangan customer), tapi aku berusaha jugak nak penuhkan.
bila masuk kmb,first time aku belajar,apa itu MATHURAT, dan apa itu AL-MULK.yalah,sekolah biasa mana ada semua2 ni.dan berbekalkan roomate yang dari KISAS,aku terdorong juga untuk beramal.kadang2 aku mintak roomate aku ajar tajwid Al-quran yang aku dah tinggalkan sejak sekolah menengah dulu.
di KMB juga aku mengenali apa itu usrah.ingat lagi,aku bertanya kepada kawan,'usrah tu apa?' hahah serius tak pernah dengar sepanjang hidup aku.dan hati terbuka juga untuk mnegikuti usrah,untuk contribute buah fikiran walaupun takla bernas mana.
dan tidak lupa,KMB merupakan satu tempat tertutup, a close knit community,di mana apa anda buat,orang akan memerhatikan anda dan bercakap tentang anda.it is so different from high school,where you can do whatever hell you want,dan orang akan menganggap itu,biasa.
and that is why i messed up too.
aku bukan menyalahkan orang lain atas sikap aku di KMB dulu.cuma aku rasa,aku berhak memberi barang sedikit penjelasan atas kenapa aku berbuat sedemikian.
aku ini,berasal dari sekolah bandar yang amat sosial.tiada batas yang jelas antara lelaki dan perempuan.bertepuk tampar bergurau senda perkara biasa,apatah lagi berjalan sama ke mana2.kawan2 aku di sekolah juga berperangai sama.semua orang di sekitar aku sama.tidak ada yang betul2 menjaga,unless they are not a social butterfly,which i am.
what i'm trying to say here is,i'm used to this condition.and its not easy just to turn it the other way around.aku bukan dibesarkan dalam sekolah yang disuruh menjaga pergaulan.aku tak pernah ditegur oleh sesiapa pun sebelum aku masuk kmb tentang hal ini.
bukan aku tak mahu ubah perangai aku,cuma,susah.
rome is not built in a day,you know.
aku menyangka, benda itu tidak akan jadi masalah di KMB.namun,hari pertama aku berjalan pulang dari kelas dengan seorang lelaki,sampai di bilik aku sudah terima mesej warning.
dan bermulalah hari2 aku dikritik sebagai seorang yang tidak menjaga pergaulan, seorang yang tabarruj.dan nama aku siap diungkit dalam usrah,bukan sebagai contoh muslimat terbaik ya.tapi on what not to be.
pada mulanya,aku fikir aku dapat bertahan.pada mulanya,betul aku cakap,aku cuba untuk berubah.api lama kelamaan,bila sindiran sudah sampai ke tahap melampau,aku mula tukar fikiran,and i began to think,'screw you'selepas itu,beratus teguran tentang jagalah hubungan,etc aku abaikan.
sejak itu,aku ubah fikiran,aku lontar anjakan paradigma aku,dan aku decide, 'i'm not gonna change because people want me to.'
dan sejak itu,aku decide,i hate KMB.not because of the workload (okay,that's a lie.it's the main reason),not because of the teachers,not because of the stupid rules...
but because of the way people think.
bayangkan,aku mahu sembahyang di surau,dan aku disindir sebaik sahaja imam memberi salam? bayangkan,aku bilang aku mahu khatamkan Quran,dan aku disuruh baca berulang kerana mereka fikir aku tidak reti baca?aku ini bukannya nNabi Nuh yang setia bertukang kapal walau dikeji.aku ini masih baru belajar.
yang lain pula,asal apa2 yang berkaitan dengan aku dan lelaki,mesti dikecam.aku bercakap sepatah dua pun,sudah dikata aku ada skandal.which is ridiculous,since they did the same thing. baru bercakap dengan berlainan jantina,sudah dilabel promiscuous?ridiculous bukan?
some people are nice,but there are some people that i dislike to the core.
dan yang peliknya,most of them bukanlah orang2 baik yang menjaga sangat pergaulan.aku tengok gambar2 macam harma gak perangai.ini,aku jalan dengan lelaki pun,sudah cakap macam2.sila cermin diri anda.
dan,
aku rasa tidak perlu sindiran itu,ada cara lain bukan, untuk berdakwah?
orang2 yang disebut di atas,anda perlu tahu perangai aku di kmb pun itu sudah di tahap minima.kalau anda tengok aku di sekolah dulu macam mana,memang pengsan agaknya.itulah aku cakap,in a way,KMB does limited my action,towards greater good.
hidayah memang diturunkan kepada semua orang,cuma terpulang kepada kita untuk membuka hati untuknya atau tidak,i've heard this from somewhere.dan sejak di Ireland,aku mula buka hati aku semula.tambahan ramai senior dan kawan2 yang menyumbang.
dan kali ini,aku tidak mahu buat hentam keromo.i'll do it in my own pace,in my own time,without any paksaan.i'm trying,and HE is the one who can judge me,not you.
*cerita ini berbangkit sejak aku chat dengan seorang rakan,yang aku tidak pernah kenal di KMB,dan aku tanya apa dia fikir tentang aku dulu.dia kata,
'aku ingat ko ni minah popular yang poyo2'.
and i laughed,asking why poyo?
she said,its because of what people around her said about my disturbing IKHTILAT dan appearance,serta nama aku yang dibangkit di usrah.:)*