Monday, October 18, 2010

ke tepi,cinta. mari sini, setia.

 got my inspiration from this article.

saya selalu tertanya, kalau sudah berkahwin, sampai umur 80-90 tahun, what keeps the couple going?


feeling intensely passionate about someone isn't the same as having a deeply trusting, committed relationship.

dan seperti yang tercatat dalam entry blog di atas, betullah. bukan cinta yang jadi pengukur betapa lamanya satu hubungan itu. tetapi KESETIAAN. 

cinta itu hanyalah satu perasaan, satu kehangatan yang dirasakan awal-awal bercinta.satu kenikmatan. kalau sesuatu hubungan itu terlalu disandarkan pada cinta semata, maaf saya katakan, mungkin tak akan bertahan lama. cinta itu macam api, sekejap sekejap lagi, padamlah. mungkin kerana terlalu bersandarkan kepada cinta, kebanyakan perkahwinan tidak sampai ke tua. 

apa yang didefinisikan sebagai kesetiaan? 

kesetiaan bukan semata tidak curang, tidak ada yang lain, tidak main kayu tiga. definisi setia tidak terhad pada yang ini sahaja. (even though this definition is crucial for the happiness of the couple,mind you.)

kesetiaan maksudnya, dia sentiasa ADA. 

kau sedang sedih meraung kerana fail exam, setiap sejam dia call bagi semangat.
kau sedang takut pencuri masuk rumah dan tak boleh tidur malam, dia gayut dengan kau tiap-tiap malam sampai kau tertidur. 
kau tiada arah tujuan hidup, dia yang google semua cari course apa yang sesuai untuk kau. 
kau gaduh dengan parents tak mahu balik rumah, dia yang pujuk kau supaya fikir rasional.
kau makan banyak dan jadi gemuk masya Allah bila kau balik malaysia, dia pun turut makan sekali dan jadi gemuk juga supaya kau tak rasa inferior.
kau merepek cerita pasal gosip sana sini pun, dia setia dengar sampai terlentuk lentuk. 
kau moody dan marah-marah pasal PMS, dia setia panaskan telinga dan tutup mulut.
kau ambil jalan yang salah dan pergi ke orang lain, dia setia menanti, sedia memaafkan dan mengharapkan kau datang kembali. 

sayang yang paling penting dalam satu hubungan. bila ada sayang, baru wujud kesetiaan. bila kita sayang orang tu, kita akan sentiasa ada untuk dia. hujan petir badai ombak pelangi banjir kita ada di sisi dia, holding his/her hands no matter what come through. 

bukan semata ada sewaktu dia sudah bekerja besar bergaji besar. bukan hanya ada sewaktu dia diidami ramai baru mahu ambil peduli. bukan semata ada bila dia boleh bagi keuntungan kepada kau. itu namanya mengambil kesempatan. 

orang yang setia ada dengan kita walau apa pun jadi, dialah sebenarnya orang yang paling sebenarnya diciptakan untuk kita. kalau tidak , kenapa dia setia ada? dia boleh sahaja berambus bila kita menyusahkan hidup dia, but he/she doesn't. dia boleh sahaja berambus bila kita moody hambur semua ke dia,but he/she stay. dia boleh sahaja berambus bila kita kesempitan dan on the lowest of the lowest. tapi dia setia bagi semangat. 

kerana dia SAYANG, dan bila dia sayang, dia SETIA. 

dulu, kriteria yang saya ambil berat bila cari the one, is saya cari si dia yang buat hati saya berdebar-debar, yang buat saya gila bayang, yang buat saya teruja bila mahu bercakap/berjumpa. bukan satu, ramai yang boleh jadi the one. but these people, come and go. they never stay.

dan sekarang, yang bersama dengan saya ini pun, dulunya kawan. yang saya tak sangka akan berkekalan. dan kerana seperti contoh contoh yang saya nyatakan di atas, saya memilih dia, untuk saya lengkapkan tulang rusuknya. love comes when you least expect it.

so people, look around you. if there is anybody (of the opposite sex, of course) who stay at your side when your world is crumbling down, yang kau selalu confide in when you have any problems, and the first place you turn to when you are stuck,


either it's a best guy friend who you never think of falling in love with, 
or may it be your boyfriend, with whom your heart don't flip when your eyes met his, 
but they stay true to you when you are at the lowest of the lowest, 


then there is a possibility, the one that you are looking for all these time...

is right in front of you. 


No comments: