Sunday, October 24, 2010

the rules of secret.

SITUASI 1
apabila seorang lelaki memberitahu rahsianya kepada lelaki lain, si penerima rahsia tidak akan membocorkan rahsia itu kepada kawan lelaki lain. 

teman-teman lelaki kedua-dua penerima dan pemberi rahsia juga tidak akan bertanyakan apa-apa tentang rahsia itu.kalau mahu bagitahu, bagitahulah.kalau tidak, sudah.

jauh sekali untuk memberitahu teman lelaki lain yang tiada kaitan dengan si pemberi rahsia.

tetapi, sebaik sahaja si penerima rahsia pulang ke rumah, apabila kekasih si penerima rahsia menghubunginya dan bertanyakan tentang si pemberi rahsia, rahsia tadi akan dibocorkan kepada kekasih dia tanpa ada niat apa-apa. kalau tidak ditanya, dia senyap sahaja.

dan kekasih dia, being a typical woman, akan menghubungi teman perempuan yang lain yang ada/tiada kaitan dengan si pemilik rahsia tadi untuk dibocorkan rahsia tersebut. 

and the cycle goes on.




SITUASI 2: 

apabila seorang perempuan memberitahu rahsianya kepada kawan perempuannya yang lain, si penerima rahsia akan berjanji dia tidak akan membocorkan rahsia itu kepada sesiapa pun. 

tetapi, sebaik sahaja si penerima rahsia pulang ke rumah, dan apabila kekasih si penerima rahsia menghubunginya, rahsia tadi akan dibocorkan kepada kekasih dia. 

dan kekasih dia, being a typical mantidak memberitahu sesiapa pun. rahsia berhenti di situ. 

dan si penerima rahsia, tidak cukup di situ, menghubungi seorang kawan rapat yang kemungkinan besar ada kaitan dengan si pemberi rahsia, dan berkata yang dia ada rahsia tentang si pemberi rahsia. 

dan kawannya, being a typical woman, akan memujuk si penerima rahsia untuk membocorkan rahsia, dengan janji, RAHSIA BERHENTI DI SITU. maka, rahsia pun terbocorlah.

dan kawan perempuannya yang janji berani mati tadi, being another typical womanakan menghubungi kawan perempuannya yang lain untuk dibocorkan rahsia tadi. 

dan dia mungkin juga akan membocorkan rahsia itu kepada teman lelakinya juga.

and the cycle goes on.



KESIMPULAN

1. lelaki tidak suka berkongsi rahsia dan membocorkan rahsia. malas mahu menjaga tepi kain orang, mungkin. banyak lagi hal dunia yang mahu difikirkan. 
2. perempuan tidak suka menyimpan rahsia. antara sebab utama is the secret is way too juicy to keep to herself. bagitau seorang pun sudahlah. kalau tak rasa macam nak meletup. 
3. pasangan kekasih suka memberitahu each other tentang rahsia orang lain.
4. si teman lelaki tidak akan membocorkan rahsia sekiranya tidak dipinta.
5. si perempuan akan membocorkan rahsia tanpa dipinta. 
6. perempuan just love to pass a secret to one another. 

and that, ladies and gentleman, based on my observation and own's experience, is the rules of secret. generally, of course.

No comments: