Thursday, June 30, 2016

Lepaskan.


'Some people are destined to fall in love with each other, but they are not meant to be together.'

Sejak aku sudah bergelar isteri orang, agak susah untuk aku mendapat inspirasi menulis. Yalah, blog aku ini lebih tertumpu kepada nasihat tentang percintaan dan hubungan, bukannya kolum masalah rumah tangga. Percintaan dan perkahwinan itu, aku kira dua perkara yang berbeza. One can/cannot end with the other and one cannot live without the other. You know which one is which. Aku rasa Kisah Rumahtangga di Facebook lebih sesuai untuk itu.  Makanya inspirasi aku tentang percintaan datang dari orang sekeliling aku. 

Dan cerita kali ini, diinspirasikan dari salah seorang rakan yang aku kenal. dan akan aku kaitkan juga serba sedikit dengan sejarah aku. Tipulah kalau aku tidak pernah merasa sakit ini di masa lampau aku. 

Kesakitan dan keengganan melepaskan orang yang kau sayang pergi. 

Aku amat suka satu quote dari blogger Ika Shanaz satu ketika dahulu;

Dia ingin terbang, 
Aku jahitkan sayap, 
Dari cebis benang hati.

Dengan harapan, 
Bau darah buat dia rindu ke aku, 
Dan kembali. 



Setiap insan yang berani menjebakkan diri ke dalam satu hubungan yang berlandaskan percintaan, sudah tentu berharap hubungan itu akan berakhir dengan kebahagiaan, yang selalunya diimpikan dalam bentuk perkahwinan. And they lived happily ever after.

Lebih-lebih lagi apabila umur yang sudah menginjak ke angka 30, maka sudah tentu perkataan 'bercinta main-main' sudah ditolak tepi dari kamus hidup.
Lebih-lebih lagi apabila percintaan yang kau jalinkan itu, sudah bertahun-tahun lamanya.
Lebih-lebih lagi apabila si dia itu adalah segalanya untuk kau, di mana dialah siang, dialah malam, dialah bulan, dialah bintang.
Lebih-lebih lagi, bila kau sudah cukup yakin dia adalah noktah dalam pencarian kau selama ini, dan dia adalah permulaan untuk plot baru hidup kau sehingga ke akhir hayat nanti.

Dan tidak semena-mena, entah dari mana ribut datang menerpa, entah dari mana kilat datang menyambar, dia tiba-tiba hilang. Berlalu pergi begitu sahaja, tanpa ucapan selamat tinggal atau sebarang kata-kata terakhir. Tidak kira pemergian dia atas kerelaannya mahupun dipaksa, pemergian dia dari hidup kau sudah tentu menyakitkan hati, menyeksa jiwa, menyerabutkan minda.

Setiap kali kau baring dan cuba lenakan mata, kau cuba yakinkan diri dan hati, yang esok kau akan lebih kuat dari hari ini. 
Namun, apabila kau bangun dari tidur, dada kau terasa teramat sakit kembali, seolah pemergiannya baru semalam berlalu. 
 Setiap detik, kau menatap namanya yang online, menanti dirinya menghantar sebarang tanda yang dia ingin kembali mengisi ruang kosong di hati, dan mengharap cinta bertaut kembali. 
Namun, sudah ditutup buka kembali direfresh berulang kali telefon kau masih sunyi, dan inbox kau masih tidak berbunyi. 

Kau cuma mengharapkan dia kembali.

Hari demi hari berlalu, dan kau masih merintih dan berulang kali kau tanyakan ke Tuhan,

"Why me?"
"Why not him?"
"Why us?"



Ya, aku tahu perasaan ini rasanya bagaimana. Aku sememangnya melalui perasaan ini suatu ketika dulu. Jangan kau katakan ke aku yang aku tidak memahami apa yang kau rasai, kerana semua penulisan aku di sini, semuanya berlandaskan perasaan yang aku pernah alami, dan situasi yang aku pernah tempuhi. I've been in your shoes. 

Maka, kau dengarkan kata-kata aku ini. 

'If someone comes into your life, and he becomes a part of you, but for some reason that person couldn't stay, don't cry. Just be glad that your paths crossed and somehow that person made you happy even for a while. Some people, they come into our life just to teach us a lesson.'-anonymous.

Sewaktu aku keguguran, ibu selalu menenangkan aku. Katanya, miscarriage ini sebenarnya rahmat dari Allah yang tersembunyi. Mungkin ada sesuatu pada kandungan itu, DNA defect dan sebagainya, yang sekiranya ia membesar, akan jadi not compatible with life. Sekiranya dibiarkan sehingga menjadi bayi, sama ada akan menyeksa bayi tersebut mahupun mengganggu emosi aku sendiri. Oleh itu, Allah menarik nikmat itu sementara untuk menyelamatkan aku dari kecewa di kemudian hari. 

Dan aku rasa, prinsipnya sama di sini. Sekiranya Allah menamatkan percintaan kau itu pada tengah jalan, anggaplah ini isyarat dari Allah, yang tentunya lebih tahu apa yang terbaik dan terburuk untuk diri dan masa depan kau. Mungkin sekiranya dibiarkan percintaan ini berakhir dengan perkahwinan, hidup kau akan lebih sengsara menjadi isterinya. Mungkin ada sesuatu tentang dirinya yang belum kau ketahui, yang akan membuat kau merana. Perahu terlajak boleh diundur, kalau sudah berkahwin tak akan sewenang-wenang kau mahu bercerai? You can't undo a marriage without its own repercussion and consequences. There must be something with him that is just, wrong for you. You just don't know it yet. Dan Allah mahu menyelamatkan kau dari kesilapan itu.

Things happen for a reason. Always.



Sudah terlalu ramai (termasuk aku sendiri), yang mulanya bercinta bagai nak rak, bertahun-tahun mengharap kasih pada orang yang sama, namun cintanya berakhir di tengah jalan. Dan tidak lama selepas itu dia bangkit, dengan cinta baru yang entah datang dari mana, dan terus sahaja dipermudahkan semuanya hingga ke perkahwinan. Tidak semestinya bila kau hilang yang ini, bermakna kau tidak akan dipertemukan dengan yang lebih baik. Selalunya, kau AKAN bertemu yang lebih baik.

Aku dahulu pun, sesudah aku kehilangan, aku cuba untuk tidak melemaskan diri sendiri dalam kenangan masa silam. Sakitnya tentu ada, namun sedikit demi sedikit aku berjaya kikis. Aku cukup yakin yang kehilangan aku itu sebenarnya satu kejayaan, dan ianya terbukti benar, kerana tidak sampai beberapa bulan kemudian, aku ditemukan dengan si dia, yang berganda lebih baik dari semua segi. *senyum*

Setiap kali aku mengenang kembali individu-individu yang pernah dianggap istimewa buat aku dulu, dan membandingkan dengan kehidupan aku yang sekarang,tidak pernah aku rasa menyesal. Sememangnya bila diingat kembali, (mahupun mengetahui cerita dan kehidupan mereka yang sekarang) ada sahaja benda yang tidak kena tentang mereka-mereka ini, dan aku bersyukur yang Allah tidak menjodohkan aku dengan mereka.

Mungkin sekarang ini kau tidak akan nampak lagi sinarnya. Mungkin sekarang ini kau tidak nampak lagi baiknya ditinggal si dia. Mungkin sekarang ini harapan kau masih meninggi untuk si dia kembali. You might not see it now. Kau sedang dikaburi dengan emosi, dengan rindu yang menggunung, dan kesunyian yang mencengkam. 

Namun percayalah, satu hari nanti, bila kau sudah pandai belajar hidup dengan diri kau sendiri, dan kau lebih berani mengenang masa silam tanpa mengalirkan air mata di pipi dan sudah melangkah jauh ke hadapan meninggalkan episod suram ini, kau akan nampak, dan kau akan faham realiti kehidupan yang aku lakarkan ini. 

Kau akan faham kenapa.

Usah menyesal kehadirannya dalam hidup kau. Usah menuding jari ke orang lain lebih lagi diri sendiri mahupun Allah atas kecelaruan ini. Usah menyalahkan timing dan menggunakan alasan yang masa tidak menyebelahi kau, sama ada dia terlalu lambat atau kau terlalu cepat. Usah menyeksa diri dengan soalan-soalan "What if".


Hargai setiap memori yang kau pernah ada bersamanya. Hargai setiap perasaan yang pernah kau lalui sepanjang kau bersamanya. Hargai setiap pengajaran yang datang dari awal sehingga berakhirnya kau dan dia. Gunakan kesemua ini untuk mengajar diri kau sendiri tentang erti pertemuan, erti berkasih sayang, dan erti perpisahan. Tanpa melalui semua rasa ini, kau takkan jumpa kekuatan dalam diri. Kekuatan ini yang akan membantu kau dalam menghadapi segala liku-liku yang mendatang, dan seterusnya mematangkan kau. 

Kalau sudah tertulis di Luh Mahfuz yang jodoh kau dengan dirinya, kau lari ke hujung dunia pun, usia kau sudah menginjak ke umur keemasan pun, kau akan bertemu juga dirinya. Mungkin bukan hari ini, mungkin bukan esok, namun suatu hari nanti. Dan sekiranya bukan namanya yang tercatat, betapa kau berjuang pun untuk dirinya, kau tidak akan menjadi bidadarinya di dunia dan di syurga. 


If it's meant to be, it's meant to be. 

‘Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu’.


-Surah Al-Baqarah, ayat 216.


*satu lagu yang aku kira liriknya paling sesuai, mengenai moving on dan menoleh ke belakang, sekadar mahu melirik kembali ke perasaan yang pernah datang, suatu ketika dulu.*


Artikel yang berkaitan: 
1) It's always darkest before the dawn (1) dan (2). -tentang bagaimana mahu mengatasi sakitnya patah hati. 
2) Peluang- kisah peribadi aku, tentang bagaimana aku pulih berdiri. Separa cerita, sebenarnya. 

No comments: