Friday, April 29, 2016

Pilihan.


Semalam, aku didatangi oleh seorang rakan. Yang kelirunya terlalu sulit untuk dia ungkapkan kepada sesiapa, dan mungkin dia merasakan aku orang yang paling dekat, dari segi pengalaman mahupun secara persahabatan. I was more than happy to listen to her problems and give my opinion.

Ceritanya begini:



Dahulu, dia bertemankan si A. Bertahun lamanya. Sayang rindu cinta pada si A usah kau cakaplah banyak mana. Memang melimpah ruah memandangkan si A ini yang pertama. Yang pertama di hati, yang pertama di minda, yang pertama dihebahkan kepada semua, baik keluarga mahupun dunia. Bertahun berlalu, namun si A masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu membawa hubungan mereka ke arah yang ke depan. Walaupun kewangan telah stabil, dan keduanya telah pun mempunyai kerjaya yang tetap dan harta yang berterusan, namun si A masih enggan mengikat sebarang pertalian halal. Alasannya, dia masih belum sedia. Masih belum capai matlamatnya.

Yang kawan aku ini, mulanya akur. Tidak melawan. Menurut. Tapi biological clock is ticking. Kawan aku ini sudah terlebih dari sedia untuk berkeluarga. Desakan dan pertanyaan dari keluarga sudah cukup buat kawan aku ini resah. Desakan dari hati sendiri pun dia tidak dapat memujuk agar reda.

Lama kelamaan kawan aku ini mengalah. Dikibarnya bendera putih dan dia maju setapak ke depan, meninggalkan si A ke belakang.

Setahun dia berendam air mata, berbukit doanya dipanjatkan kepada yang Esa agar dilembutkan hati si A untuk bersedia, dan berkali-kali hatinya dipecah remuk bagai tiada erti setelah harapan demi harapan dibaling sana sini. namun si A masih tetap tidak berganjak dengan keputusannya. 

Dan dia bertemu dengan si B. Si B terus membuatkan dia lupa pada si A. Si B adalah segala-galanya bagi dia. Si B bulan, si B bintang, si B matahari. Si B adalah tenang yang datang setelah ribut. Pelangi yang datang setelah hujan. Bunga yang datang setelah dibaja. Dan yang paling penting, si B sudah bersedia untuk memimpin tangannya untuk dijadikan isteri yang sah. Dan dia setuju.

Setahun mereka berkahwin, bukan tiada pancaroba yang datang pergi. Bukan tiada badai yang melanda. Bukan tiada hujan panas yang menimpa. Yalah, bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. namun dia masih percaya dengan bahagia yang si B berikan, dan mereka hidup bergelak ketawa diselangi dengan merajuk kecewa marah. 

Dan tiba-tiba si A datang kembali. Mengungkit segala janji manis yang pernah dia ungkapkan dahulu (namun tidak dikotai). Menebar kembali cerita lama mereka sewaktu bercinta. cuba mencucuk jarum dan menarik kawan aku ini perlahan-lahan ke dirinya. Dan kali ini dia mengajak kawan aku ini untuk bersamanya kembali, dan dia berjanji yang dia sudah sedia untuk berumah tangga.



Kawan aku ini terus dilanda dilema. Sudah tentu dia sayangkan yang halal, namun janji manis si A ini sudah membuatkan dia lupa diri. Sudah membuatkan dia hanyut dalam mimpi. Yalah, si A ini cinta pertama hati. First love. People always say, never underestimate the power of first love. Dia masih kuat untuk menolak ajakan-ajakan keluar si A ini. Bagi dia, maruah diri dan suami tentunya perlu dijaga. Namun hatinya tidak seteguh mindanya. Hatinya terus menerus membentak mahu mengikut perasaan. Soalan-soalan  sudah terngiang-ngiang di benaknya.

“If I choose to wait for him instead of letting him go, would I be happier?”

“If I choose him and leave my husband, would I regret my decision?”

“If I choose to be with him and leave my husband, would I be happier with my marriage?”

Bila kau baca kisah ini, jangan kau judge dia kerana merasa sebegini dan berpengalaman sebegini. Bagi aku, ini perkara yang norma dan selalu aku lihat terjadi, kan? Setiap rumahtangga mesti ada ujiannya, dan sudah menjadi rezeki kawan aku ini, ujian ini yang tersurat untuknya.

Pesan aku:

Hidup ini sentiasa didatangi dengan pilihan, sama ada ia datang tepat pada masanya atau kurang tepat sedikit. Sama ada cepat atau lambat. Sama ada yang kita mahu atau tidak mahu. Dan selalunnya, bila kita sudah buat pilihan, tentu sahaja ada dugaan yang datang membuat kita ragu sama ada kita pilihan yang dibuat itu, adakah pilihan yang hati dan minda sepakat setuju untuk berteguh bersama?

Sayang, setiap pilihan yang datang itu, diiringi dengan pro dan kontranya. Baik dan buruknya. Gelap dan terangnya, siang dan malamnya. Jatuh dan bangunnya. Tidak kira jalan mana yang kau pilih, mesti ada sahaja yang datang menduga. Semuanya hanya untuk menguji takat mana kekuatan minda. Takat mana ketabahan hati. Takat mana kau akan berusaha untuk mempertahankan pilihan yang kau buat sendiri.

Mana kau tahu, kalau kau pilih untuk tunggu si dia bertahun lamanya, yang kau akan lebih bahagia bila bersamanya? Yang si A ini akan menjadi suami yang baik? Akan menjadi imam kau pada setiap waktu? Akan menjaga maruah diri dan harga diri kau di depan semua? Yang akan membuat kau gelak ketawa dan bahagia sepanjang masa?

Kau tiada jaminan itu.

Waktu bercinta dan setelah berkahwin sayang. 100% berbeza. Sewaktu bercinta kau memang rasa bagai dunia ini milik kau dan dia. Kau merasakan yang tiada siapa dapat merampas cinta kau dan dia. Bahagianya bagai syurga itu di depan kau sahaja. Hati berbunga-bunga setelah pulang menatap wajahnya. Dia, dia dan dia.

Dan selepas kahwin, baru kau tahu tinggi rendahnya langit. Yang hidup ini tidak semestinya indah semata. Saat itulah kau baru tahu perangainya bagaimana. Yang kau dan dia punyai pendapat berbeza. Yang si dia ini pemarah orangnya, atau pemalas orangnya, atau boros orangnya, atau yang paling menakutkan, gatal orangnya. Dan bayangan kau tentang perkahwinan (pegang tangan dan bersama 24/7) adalah persepsi yang salah.

Kerana itulah, kalau kau perasan, dalam cerita wayang, jarang sekali hero dan heroinnya dipaparkan cerita setelah berkahwin. Semuanya nice and perfect dan so in love sampai ke hujung, dan akhirnya mereka berkahwin. The end. Noktah. Kita tak tahu apa jadi pada Snow White dan puteranya. Cinderella dan Prince Charming. Tak pernah mereka paparkan bagaimana Cinderella menjaga anak sambil mahu mengemas rumah sedang Prince Charming membanting tulang di luar.

Jangan kau samakan pengalaman kau bercinta dan pengalaman kau berkahwin. memang tidak akan sama. Bercinta bahagia sakitnya lain. Berkahwin bahagia sakitnya lain. dan semestinya dua individu berbeza akan memberi kau bahagia sakit yang berbeza.



Pesan aku lagi;

Si dia yang telah ada dengan kau ini, telah bersama kau menempuh susah dan senang di alam perkahwinan. Dia telah mengenali hati budi kau. Dia telah mengenal baik buruk kau. Dia telah mengenal budi pekerti kau. Dan sekiranya perkahwinan kau ini lebih banyak baiknya dari buruk, itulah yang terbaik. Dan dialah yang terbaik.

Setiap yang dijadikan itu, sudah ditetapkan oleh Allah secara bersebab.

Kau sudah pun membuat pilihan itu satu ketika dulu. Dan kini, tidak ada lagi pilihan yang perlu dibuat. Kau cuma perlu berteguh dan bersatu hati dengan minda untuk mempertahankan pilihan kau itu. Hargai yang berada di sisi kau sekarang. Cherish him. Appreciate him. And do everything that you can to be happy with him. Fahami bahawa hidup ini macam roda, tidak semestinya akan selalu di atas. Kita perlu di bawah juga untuk menghargai saat-saat kita di atas. Remember Inside Out? Aku cukup suka betul mesej yang disampaikan dalam cerita animasi itu. Yang kau memerlukan kesedihan dalam hidup kau, supaya kau boleh lebih memandang kegembiraan yang pernah wujud dengan persepsi baru.



Lupakan si dia yang dulunya pernah hadir dalam hidup kau.  Biar memori kekal menjadi memori. Biar kenangan manis dan perasaan diikat mati dengan batu, dibiar tenggelam ke dasar hati. The One that Got Away memang satu sindrom yang sukar untuk dihadapi. Namun kau perlu ingat, they got away for one very simple reason.

They wasn’t meant for you.

And it is as simple as that.





No comments: