HOUSEMANSHIP. kan? (disahut dengan kata-kata YA dari doktor-doktor lain, tentunya.)
nah aku belanja satu gambar aku. ini sewaktu aku baru habis tagging, dan terpaksa bertugas pada Hari Raya Haji (hence the baju kurung. NEVER wear baju kurung during medical posting. I will tell you why in later posts.)
Ayat di atas, yakni 'When I was a houseman..' adalah satu ayat yang cukup paling dibenci oleh semua-semua houseman jikalau diucapkan oleh MO ataupun specialist. Aku tidak berpeluang untuk menggunakan ayat ini kerana aku tak sempat untuk merasa memiliki houseman memandangkan aku bekerja di Hospital Daerah sejurus selepas aku menjadi MO. ayat ini dibenci kerana ia seolah-olah mahu membandingkan zaman housemanship dahulu (yang akan diexaggerate sedikit untuk menampakkan kesusahannya) dan waktu zaman housemanship sekarang (yang akan diperlekehkan untuk menampakkan kesenangannya dan kemanjaan HO-HO muda).
Saat menjadi houseman adalah saat paling menyeksakan dalam semua doktor. saat paling fizikal diuji dengan:
waktu kerja yang menggila, (bersedia untuk balik lewat 4-5 jam dari waktu yang kau seharusnya balik dan datang kerja bila tiba-tiba rakan kerja kau mysteriously disappeared)
bebanan kerja yang membukit, (dalam waktu yang beberapa jam, kau harus berada di 3 tempat yang berbeza, misalnya radiology minta appointment, lab untuk trace result dan bilik rekod untuk trace rekod lama, dan kau harus ambil darah untuk 5 patient berlainan dan setiap satunya ada 4-5 jenis darah perlu diambil)
seksaan mental oleh orang sekeliling, (jelingan dari staff nurse yang mahu menghabiskan dulu report sedangkan kau mahu menulis pm review, marahnya pesakit apabila kau mencucuk 3-4 kali masih tak dapat-dapat ABG, viralnya gambar kau dari saudara pesakit yang complain 'doktor ni tak buat apa-apa kat ayah tiri sedara dua pupu saya!' dan menjawablah kau pada pengarah dsbgnya, tengkingan MO kerana darah yang diambil minggu lepas masih tidak ada dalam sistem, marahnya isteri pada kau pasal kau lupa nak mandikan anak selepas pengsan terus balik dari kerja)
dan tekanan perasaan sendiri (soalan seperti "am I cut out to be a doctor?" yang berlegar pada minda setiap kali pergi dan balik kerja. sejujurnya ramai sudah rakan seperjuangan aku yang quit dari housemanship setelah1-2 posting. ramai juga yang perlu berjumpa dengan pakar psikiatri.)
But neverthless, I , enjoyed my housemanship.
kerana waktu ini, percayalah:
kau belajar paling banyak. kau akan buat silap, itu sudah tentu, dan waktu itulah kau akan paling banyak belajar. kau cuma perlu melihat di sebalik awan kelabu itu, dan kau akan nampak pelanginya. waktu ini, tanggunjawab bukan pada kau. kau hanya perlu menjalankan perintah MO dan specialist, dan kau hanya perlu memahami logiknya dan rasionalnya mengapa mereka melakukan begitu.
sekiranya apa-apa terjadi, don't worry, you got your ass covered by these very people. that is why mereka marah betul kalau kau screw up. kerana bukan kau yang perlu menjawab di mortality. (which is the scariest thing everrr to attend!)
anyway, I decided to write a few short (maybe long, since it is me who's writing), on this topic. khas untuk mereka yang bakal menempuhi dua tahun housemanship di Malaysia. dan untuk mengenang kembali zaman kita muda-mudi dulu, kepada yang pernah menjadi houseman. dan juga sebagai satu pencerahan kepada umum, yang kebanyakannya selalu mengutuk mencaci hina pegawai perubatan siswazah UD41 atau dalam bahasa kasar, DOKTOR PELATIH. biarlah umum tahu apa yang doktor pelatih ini buat sehari-hari.
(kemungkinan besar entry ini akan dicampur dengan dua bahasa, dan juga slang-slang perubatan. google je la ya. bukankan google itu kebiasaan anda? hehe.dan kebanyakan gambar aku ambil dari page ONE PINT NORMAL SALINE, sememangnya satu website yang memaparkan kartun kejadian dan realiti hidup seorang doktor!)
AFTER MEDICAL SCHOOL.
Aku pulang ke Malaysia, membawa segulung scroll dengan perasaan yang bangga (dan hati yang patah.ehem.) Yang aku tahu, aku mahu rehat dahulu. aku mahu raya dulu dengan keluarga sebelum aku memulakan kerjaya aku sebagai doktor. Sewaktu itu, hanya perasaan bangga yang melimpah ruah. yalah, beraya ke rumah orang, semua akan bertanya, 'waahhhhh azi dah jadi doktor eh sekarangggg!!' kembang kuncup aku senyum mengiyakan. Bangga kerana title Dr itu sudah layak digunakan oleh aku. ternyata ketika ini aku masih dalam ilusi hebatnya menjadi seorang doktor. Aku penuhkan waktu dengan ke Celebrity Fitness, kerana waktu itu aku tidak berfikir langsung untuk menyediakan diri aku sebagai seorang doktor. Aku hanya berfikir untuk mencari jodoh dan berehat.
setibanya surat untuk kursus induction di Gambang, hati aku sudah bercampur aduk perasaannya. nervous pun ada, gembira pun ada, takut pun ada. Sewaktu kursus induction, aku rasa semua peserta termasukla aku sudah berkobar-kobar untuk menjadi seorang doktor yang berwibawa, empathy, penyayang, pengasih, dan segala-galanya yang baik. Sampai sahaja surat arahan lapor diri, aku sudah teruja betul.
HOSPITAL KUALA LUMPUR.
ya, itulah tempat pertama aku akan bertugas sebagai seorang doktor. Malam sebelum aku memulakan kerjaya aku, habis aku selongkar almari. Siap beli baju baru untuk mula bekerja. senyum sampai ke telinga tidurku malam itu. terbayang-bayang kewibawaan aku sebagai seorang doktor nanti.
and the rest is history.
from the very first day of housemanship, my goal changed. completely. from 'I WANT TO BE THE BEST DOCTOR EVER!' to
' I JUST WANT TO SURVIVE MY HOUSEMANSHIP.' seriously.
POSTING PERTAMA: MEDICAL
aku dan rakanku, Iz, (suku dari nama sebenar) sengaja memilih Perubatan sebagai posting pertama kami, dan aku syorkan juga kamu-kamu yang mahu memasuki housemanship, untuk memilih yang sama. ini kerana:
SATU, Perubatan adalah basic kepada semua bidang. oleh itu, apa yang kau belajar di sini, kau boleh praktikkan pada bidang yang lain. contohnya, bila nurse memberitahu kau, 'DOktor!!patient bed 21 BP tinggi!!' kau tahu kau perlu buat apa. dan perkara yang sama akan berlaku di bidang pembedahan, orthopedik, kecemasan dan lain-lain. akan lain sedikit di O & G, but you get what I'm saying. Basic management kau sudah pakar bila kau masuk ke bidang lain. dan ubat-ubat typical yang selalu digunakan di Malaysia juga kau akan mahir. Amlodipine, Metformin, Actrapid, aspirin, dan sebagainya.
kau perlu kepakaran basic management ini, kerana pada satu malam itu, nurse akan memanggil kau untuk menyelesaikan semua perkara yang terjadi di wad.
"Dr Azyan! patient bed 40 mengadu sakit pinggang!'
"Dr Azyan! patient bed 5 jatuh dalam toilet! darah kat kepala!'
"Dr Azyan! patient bed 21 mengadu sakit dada!'
"Dr Azyan! patient bed 17 refuse medication!'
"Dr Azyan! patient bed 32 DXT 16!"
dan semua aduan ini akan sampai SERENTAK pukul 3 pagi, tatkala kau lalok tetapi kau perlu mengambil darah coming morning untuk 30 patient dan result darah perlu siap pada pukul 8 pagi.
DUA. Perubatan ramai gila patient! dan kau tidak akan berjumpa patient seramai ini di wad-wad bidang yang lain. satu wad yang boleh memuatkan 50 orang, biasanya boleh memuatkan 3 kali ganda dari angka tersebut. dan oleh kerana bilangan houseman adalah 1/5 atau 1/10 dari bilangan patient, kau akan belajar untuk prioritize things. kau akan belajar how to get things done in a faster way. kau akan learn how to juggle things. dan badan kau juga akan adapt dengan kepenatan melayan 150 patient in a day.
ada satu malam, sewaktu aku di wad 18 (wad paling horror di HKL), patient bertalu-talu dihantar kerana kecemasan terbakar (yang aku dengar). semua patient dihantar naik ke atas. aku rasa hampir 200 patient dalam satu wad itu. tidak ada tempat untuk staff nurse dan kami lalu. tepi kanan kiri depan belakang semua dipenuhi dengan troli pesakit. ada yang duduk atas kerusi memegang IV drip yang sudah bercampur dengan darah. hampir gila kami semua dibuatnya. aku sendiri kagum dengan diri sendiri kerana mampu menangani malam itu, and survived the night, somehow.
bila aku masuk ke bidang lain, aku sudah hilang rasa kepenatan itu kerana bagi aku posting lain amat relaks kalau mahu dibandingkan dengan medical psoting. (again, except for O&G. bagi aku.).
TIGA, kau akan dapat belajar banyak prosedur di perubatan. selepas posting Medical, kau ambil darah tutup mata saja (unless it's IVDU patient or dialysis patient kerana itu memang mencabar hatta speicalist sekalipun) kerana itu kerja rutin kau hari-hari. kau akan jadi amat terror ambil ABG terutamanya. kau akan pandai CPR (kerana almost everyday akan ada patient collapse), intubate, chest tube, dan sebagainya.
pada mulanya, aku memang agak kekok mengambil darah. di Ireland tempat aku belajar, kami tidak dibenarkan mengambil darah sesuka hati, dan di Ireland, cara ambil darahnya menggunakan vacuum flask, bukan syringe. terketar-ketar tangan aku sewaktu mengambil darah TFT untuk seorang makcik kali pertama di HKL, sambil diperhatikan oleh rakan aku. malangnya, aku tidak berjaya mengambilnya. waktu itu depressnya ya Allah. ingin sahaja aku give up, namun kerana aku ditugaskan tagging di cubicle denggi, aku perlu mengambil darah semua patient tiga kali sehari. lama-kelamaan, keberanian dan confident itu datang sendiri dan aku sudah mula gian untuk mengambil darah. begitu juga dengan ABG. ABG amatlah menyakitkan patient, dan kau harus cepat, cekap dan tepat untuk mengambil ABG. aku memang fail awal-awal itu. apabila sudah ditugaskan di cubicle acute, nak tak nak aku perlu juga tahu. sememangnya selepas seminggu, cekap sahaja aku.
EMPAT. di perubatan kau akan interact dengan ramai orang dari bidang lain. ini kerana kau akan jumpa banyak kes-kes yang perlu di 'co-manage' dengan ortopedik, atau O & G, atau pembedahan. Kau akan belajar tentang bidang lain sewaktu kau mahu refer case, dan kau akan belajar bagaimana mahu present case dengan betul dan detail apa yang kau perlu inform pada MO yang kau refer case. kau juga akan belajar menggunakan term-term yang betul sewaktu refer case terutamanya kes Surgery dan Orthopaedic.
SEMEMANGNYA kau akan diherdik, diperlekehkan, digelakkan, diperbodohkan dan dimarah oleh MO-MO tersebut sekiranya mereka sibuk, penat, sedang lunch ataupun kes yang kau refer itu tidak patut pun direfer. itu sudah perkara biasa. dan kau juga akan belajar memekakkkan telinga dan menelan sahaja apa yang mereka marah-marah itu. sesungguhnya bila kau menjadi MO nanti, kau juga akan berperasaan sebegitu apabila menerima case yang tidak patut direfer. dan sememangnya jawapan paling best untuk soalan,' so why are you referring this case to me, then?' adalah 'because my boss wants you to see the patient" (sambil nama-nama consultant/specialist yang garang-garang dipetik). dan yang kau paling suka (atau paling perlu diingat untuk buat adalah menulis dalam BHT patient), ayat-ayat ini,:
"Spoken to Dr ....., Case referred. Case progress noted. Dr ... will come and see the patient."
dan dengan menulis ayat ini, kau sudah terselamat dari diherdik oleh MO/specialist di round yang seterusnya. ini adalah bukti kau sudah merefer case, dan tanggungjawab melihat kes tersebut sudah dipikul oleh MO tadi. begitulah beratnya tanggungjawab seorang MO, tahu?
dan sekiranya kau selalu refer case pada MO-MO ini, lama kelamaan kau akan sudah pandai berkata-kata, dan lama-kelamaan kau sudah baik dengan mereka-mereka ini. ada yang aku selalu refer, bila call dia siap cakap 'Haaa, kau lagi? kes apa pulak kau nak refer kali ni?takpe, takpe, aku datang petang nanti." bila kau berjumpa dengan mereka di posting lain, kau sudah tahu mereka bagaimana. silap-silap boleh jadi geng.
LIMA. hundreds of Ultrasound appointments. multiple CTs appointments. a few unlucky CT with contrasts appointments. and selit sikit other radiology tests. dan plan yang ini paling kau akan benci. ini kerana di HKL, kau harus turun ke radiology dan present case kepada Radiology of the day. dan kalau kau tidak mahir berkata-kata, kau sama ada akan dapat appointment lambat, atau tidak dapat langsung. di sinilah kemahiran exaggeration diguna pakai dengan sehabis baik. aku tidak bangga dengan kaedah ini, but I guess desperate times calls for desperate measures.
saat inilah creatinine patient dr 100 jadi 400, liver enzyme tiba-tiba deranged kaw-kaw, GCS patient improved/ reduced, dan sebagainya, semuanya untuk mendapat satu tarikh. yang paling tidak mahu kau dengar adalah, " Ask your MO to come and get the appointment'. saat itu kegagalan memang kau rasakan sehingga ke dalam sendi-sendi dan tulang-tulang.
dan skills ini, yang akan banyak dipraktikkan di Medical, akan kau developed over the 4 months. skills inilah yang akan membantu kau di posting-posting lain.
ENAM. selalunya MO dan specialist di Medical baik-baik belaka dan mahu mengajar. bukan aku mahu katakan di posting lain malignant. bukan begitu. aku baik sahaja dengan kebanyakan MO di posting lain. Namun, MO di Medical cukup suk berkongsi ilmu mereka sewaktu rounds. dan specialist juga suka menjadikan ward round sebagai satu kelas mengajar atau teaching ward round. lebih-lebih lagi di Malaysia ini, banyak kes-kes pelik yang akan kau jumpa. Hepatomegaly bersepah-sepah. kau palpate sikit sudah terasa. Walaupun kau akan penat dan tidak sempat mengulang kaji setelah kau pulang ke rumah, di hospital kau boleh bertanya dan memerhatikan bagaimana mereka manage kes-kes seperti denggi, ACS, pneumonia dan sebagainya. kau boleh bertanya bagaimana mahu membaca ECG dan ABG.
dan staff nurse di wad Medical juga selalunya lebih berpengetahuan dalam management patient. kau tanya sahaja mereka sekiranya kau terlupa dos Augmentin.
TUJUH, perubatan adalah posting yang paling ramai houseman ditempatkan. di sinilah waktunya untuk kau mencari network support kau. (mencari jodoh pun bolehh). kebanyakan dari mereka selalunya first atau second posting, dan mereka juga seperti kau. ketakutan dan kepenatan. bond inilah yang akan membantu kau untuk mengharungi hari-hari mendatang, kemungkinan besar kau akan jumpa orang-orang ini di posting lain, dan senang untuk kau minta tolong. kau juga akan dapat detect siapa yang rajin, yang berkira, yang pemalas, yang suka MIA, yang pandai cakap manis, yang anak-anak menteri/specialist/pengarah dan sebagainya. kau tahu siapa yang kau perlu berhati-hati dan siapa yang kau boleh percaya. aku mengenali paling ramai houseman lain sewaktu di medical. Memandangkan tidak ramai rakan sekolej aku yang meminta HKL. jadi bila aku ke posting lain, aku tidaklah sekekok awal-awal aku mula masuk kerana sudah ramai yang aku kenal.
okay, aku rasa cukup setakat ini post yang ini. akan aku teruskan di post yang seterusnya. nak goereng ayam sekejap.
coming up: (yang aku boleh fikirkan)
A TYPICAL DAY OF A MEDICAL HOUSEMAN
TIPS ON SURVIVING HOUSEMANSHIP
A REVIEW SAMPLE
No comments:
Post a Comment