sebenarnya, untuk mencari kekuatan di sebalik derita bukan senang. walau kau sudah disogok dengan kata-kata dan pedoman dan doa dan nasihat dan motivational words oleh orang sekeliling. kalau kau sendiri yang tidak tahu hujung pangkal kekuatan itu, memang susah kau mahu berdiri. bak kata Wani ardy (pengarang sajak ini), semua kata-kata ini, kita dah tahu dan dah lali.
we just need time to sit back and reflect, let it out now and when the storm has calmed down-learn.
oleh itu, apabila satu kesusahan yang menimpa, perlu kau berdepan dengan ribut itu dahulu. fahami, hayati dan persiapkan diri untuk menerima kewujudan ribut itu dalam hidup kita. tidak perlu tergesa-gesa ingin mencari pelangi. tidak perlu cuba mengelak dan menafi supaya tidak perlu menghadapi. kau perlu. ribut itu tidak akan pergi sendiri. kau lari jauh mana pun, ribut itu akan tetap menghantui.
dan apabila kau sudah melihat ribu itu dari semua segi, dari semua aspek, dari semua penjuru, baru kau boleh simpulkan langkah seterusnya, dan yang paling penting, apa yang kau belajar dari ribut itu. apa yang kau fikir berguna untuk dibawa pulang dan disemat dalam ingatan. dan perlahan-lahan, baru kau boleh bina kekuatan untuk mencari pelangi yang tersembunyi. ada, pelangi itu ada. sama ada cepat atau lambat untuk kau temui saja.
seperti insan-insan yang lain, aku sudah tentu tidak terlepas dari badai dan ribut seperti ini. telah bermacam ujian yang aku tempuh. dan bermacam pengajaran yang aku telah dapat dari semua yang aku telah lalui. baru-baru ini, seseorang telah berkata ke aku, bahawa cerita aku yang dahulu adalah inspirational. dia kagum aku boleh memutuskan perhubungan yang telah bertahun lamanya dan memulakan kehidupan baru seperti tiada apa-apa berlaku.
Jujur aku berkata, aku tidak pernah menganggap tempoh itu sebagai satu tempoh yang memeritkan. I think compare to other situation I have been in, that one particular time doesn't even make it into top 10. I think I've encountered much, much worst during my medical student years.
dari ribut yang menimpa aku ketika itu, aku telah berjaya fahami dan ketemu pelangi aku sendiri. I manage to make peace and embrace my problems, and i confront it like a strong woman I am. tiada guna aku terus menafi dan menidakkan apa yang sudah ada di depan mata. bertahun lamanya aku pendam, cuba lari dari realiti dan aku bina tembok supaya aku tidak dikejar lagi. tidak guna aku cuba menutup mata, telinga dan hati dari dilema yang memebelenggu diriku lagi. aku terima, dan belajar dariya.
aku senaraikan beberapa, dan aku berharap semua yang aku listkan ini, boleh menjadi pegangan dan pengajarannya boleh digunapakai kepada sesiapa yang sedang melalui situasi aku ini.
satu, it's HIS LOSS, not mine.
sememangnya, dari awal aku mendapat tahu, aku sudah sematkan di hati ini, yang sekiranya aku kehilangan seseorang yang tidak menghargai aku, dia yang rugi. pada ketika itu, aku sudah graduate menjadi doktor, dan bakal pulang ke Malaysia to start over. to start a career. I am finally going to be what I want to be and what I worked for after all this while. aku sematkan dalam diri yang aku ini, I am too precious to be wasted on somebody who doesn't love me. aku kira aku bukanlah buruk sangat, dan aku punya kelebihan aku sendiri. aku yakin bukan dia sahaja lelaki dalam dunia ini. (true, I was approached by many afterwards.) dan aku yakin, yang ramai lagi di luar sana. bunga bukan sekuntum, lebah bukan seekor.
aku teringat dalam satu cerita chick flick yang aku pernah tengok, "Looking good is the best revenge." and I did. aku pergi ke gym berbulan lamanya, aku spend sedikit untuk nampak lebih stylo, and I hang out with my friends and get to know people. tidak terdetik langsung penyesalan selepas aku membuat keputusan tersebut, malahan aku lega kerana telah terlepas beban dan seksa yang aku tanggung selama bertahun lamanya. tipu kalau aku kata yang aku tidak sedih pada awalnya, namun aku recover dalam tempoh yang amat singkat. this is my chance to be free, to roam free, to experience things, to be a new me.
I have my family and friends, a degree, a DR title, a career, and I got me.
so tell me again, why is it my loss?
dua, aku TIDAK akan hancurkan masa depan aku untuk LELAKI.
ini sebenarnya sudah menjadi prinsip aku sejak dulu lagi. sewaktu aku PMR, aku sedang patah hati (alah, cinta remaja macam tu lah, kan). namun aku masih study macam nak gila dan mendapat straight A's. sewaktu SPM juga begitu, cuma aku sedang dalam long term relationship ketika itu. Namun di sebalik tangis dan kecewa aku masih kuatkan diri dan aku ingatkan diri aku sendiri begini,
"This is your future that you are dealing with. the boys will come and go, but your SPM result won't. do you want to suck in your SPM because of some guy who you won't even remember his name in 2.5 years time??"
and yeah, I scored all straight A's for my SPM. and yeah, I broke up with that douchebag 2 months later. no regrets.
dan kali itu pula, aku sedang berdepan dengan final year Medical Professional Exam. yang akan menentukan sama ada aku akan graduate bersama-sama rakan seperjuangan atau tidak. yang akan menentukan sama ada hutang aku kepada MARA akan menjadi hutang atau scholarship. yang akan menentukan sama ada susah payah aku selama 7 tahun aku berhempas pulas untuk satu degree akan berbalas atau tidak. not just any degree. a MEDICAL degree.
so why should I sacrifice my future for some uncertainties that comes in a form of a guy?
nah, aku belanja gambar grad satu!
tiga, aku akhirnya percaya yang jodoh itu, kalau memang jodoh, akan dipermudahkan.
kalau asyik konflik saja sepanjang masa, asyik risau takut berdebar sepanjang masa, itu bahagia ke namanya? sudah tentu tidak. dan itu baru bercinta. kalau kahwin begini, mau cerai hari-hari. dan aku rasa aku tidak perlukan itu semua. maka dengan itu, aku cukup yakin yang meninggalkan satu hubungan yang penuh dengan drama dan konflik akan membuatkan aku lebih bahagia.
kita bercinta, untuk mendapatkan bahagia. tak ada sesiapa yang bercinta dan berkasih sayang supaya dia boleh disakiti dan berendam air mata setiap masa. itu bukan cinta namanya. itu eksploitasi. aku tak perlukan hubungan yang toksik sebegitu, yang menjerut aku setiap masa, seolah-olah aku bakal dihukum gantung pada pada satu waktu yang belum tentu.
bercakap mengenai jodoh yang dipermudahkan, aku bertemu suami aku sekarang hanya 4 bulan setelah aku pulang ke Malaysia, melalui cara yang paling mudah dan simple. aku dirisik 3 bulan kemudian, bertunang 3 bulan selepas itu, dan berkahwin 3 bulan selepas itu. tipu kalau aku kata tidak ada konflik dalam tempoh waktu ini, namun aku kira semua dipermudahkan. dari kau bercinta bertahun-tahun dan diakhiri dengan kosong, baik begini.
empat, aku tidak menghentikan kehidupan aku, hanya kerana perkara itu terjadi.
I move on. I dated around. I meet with other people. i was open to conversation. memandangkan aku punya banyak masa terluang sementara menunggu housemanship, aku bekerja di company tempat ayah aku bekerja selama sebulan, aku join volunteer activity ke perkampungan orang asli, ke rumah orang tua, aku rajinkan diri ke gym, dan paling utama, aku jalinkan semula hubungan dengan rakan-rakan yang sudah terpisah lama.
tidak, aku tidak menghabiskan masa aku dengan menangis merintih di dalam bilik keseorangan. mungkin ada beberapa episod yang begitu, namun tidak lama dan tidak berpanjangan. and yes, I stopped caring. aku tidak pernah pun cuba atau berminat mencari berita atau perkhabaran baru. aku kira, yang lepas biar lepas. I'm not the kind of person who will wait and hope for him to come around, pining over some guy. I. MOVE. ON.
no matter what happen, life goes on. and I should too.
lima, aku punya ramai lagi yang menyayangi aku.
i have a strong support system. apabila benda sebegini terjadi, kau akan nampak dan lebih jelas siapa yang sayang kau sebenarnya. keluargaku terutama ibu bapaku yang amat faham dengan situasi aku dan tidak pernah mengungkit apa-apa ataupun memaksa aku kahwin cepat. kawan-kawan baikku yang tidak pernah bercerita tentang apa terjadi kepada that guy (coz I didn't bother to ask them as well) dan selalu memberi galakan (dan cubaan untuk memperkenalkan aku kepada rakan-rakan lelaki mereka, ehem.)
dan bila aku bertemu dengan suamiku yang sekarang ini, semua memberikan approval dan rating yang tinggi. (lebih-lebih lagi suamiku adalah kawan baik kepada suami kawan baik aku sendiri.)
enam, aku berjumpa dengan si dia yang berjuta kali ganda baiknya.
and he became my husband until now.:)
apa yang aku cuba ketengahkan di sini adalah, setiap ujian yang datang itu, ada hikmahnya yang kau perlu kaji dan teliti sendiri untuk kau nampak. tidak cukup orang sahaja yang berkata kosong "setiap yang jadi ada hikmahnya". kau sendiri yang perlu nampak dan fahami how does the hikmah suits your life. how it suits your situtaion.
kau perlu BELAJAR bagaimana mahu belayar dengan ombak yang menghempas.
kau perlu BELAJAR bagaimana mahu mengharung hujan dan mencari pelangi.
kau perlu BELAJAR bagaimana mahu mencapai ketenangan yang datang setelah ribut,
kau perlu BELAJAR bagaiman mahu menerima yang darah dan kuping itu akan datang setelah luka,
kau perlu BELAJAR bagaimana mahu bangun setelah mati.
and once you learn, you will come out of this situation as a better, stronger and more mature woman.
"The ability to find beauty in pain, when pain is what you need, though you may disagree, is something that we are all constantly trying to embrace and make peace with."-Wani Ardy
No comments:
Post a Comment