Thursday, August 11, 2011

buih dan belon.


'Love will eventually hurts, whether it's right or wrong.'


dulu sewaktu kecil, saya paling tidak suka belon dan buih. mungkin kerana saya cukup trauma dengan letupan yang datang dari belon sewaktu dia pecah, dan buih yang berair. 






kini, setelah saya dewasa, saya masih bencikan belon dan buih. cuba teka kenapa?


kerana, kebahagiaan yang didapati dari keduanya bertahan, hanya seketika. 


keriangan, kegirangan, gelak ketawa yang datang kerana kewujudan belon dan buih hanya bertahan sementara ia masih ada. keduanya berikan keceriaan dengan warnanya, dengan bentuknya, dengan ada keduanya. namun, seperti semua kegembiraan dalam dunia ini, sekejap sekejap lagi hilang ia selamanya. 


seperti juga dengan cinta. awal-awal bercinta, aduh, masyuknya. panggilan dia kau nanti setiap masa, mesej dia kau balas setiap ketika, kata manisnya kau damba, lirikan matanya menyentuh jiwa, kau rasa bagai dunia kau yang punya. gaduh kecil dipujuk manja, gaduh besar sehari sudah beralah. 


namun, kebahagiaan yang datang dari cinta berkadar songsang dengan masa. makin lama makin timbul masalah yang berbagai. rasa bosan rimas mula memuncak. rasa ingin bebas mula menggunung. rasa mahu keghairahan baru mula berlipat ganda. waktu itu yang dilihat pada si dia semua salah. gaduh kecil jangan harap pujuk manja, lagi maki ada. gaduh besar berhari berminggu tidak bercakap pun masih bersahaja. 


maksud saya dengan quote di pembuka entry ini adalah, semua kisah cinta tidak hanya diselangi dengan kisah bahagia.




talking about the right love, di mana kamu dan dia berasal dari permulaan yang sepatutnya, dan berakhir dengan arah yang sepatutnya. yakni, kau tidak melukakan hati sesiapa sepanjang percintaan kamu. dan percintaan ini berakhir dengan perkahwinan. 


kalau kamu mahu kata satu pasangan kekasih ini bahagia tiada duri dalam jalan tiada liku dan simpang, kamu salah. akan ada sahaja ujian yang bakal menimpa, kalau tidak dulu, sekarang. kalau tidak sekarang, kemudian. mungkin pada mulanya nampak sinar harapan, that you believe nothing can go wrong, namun percayalah, lambat laun akan datang juga ujian. 


pernah kita ambil tahu apa terjadi pada Cinderella sesudah dia berkahwin? Prince Charming mungkin asyik suruh dia jaga anak jaga rumah tak bagi nafkah. Snow White mungkin ends up ada affair dengan salah satu orang kerdil buat rumah tangga bergejolak. Prince Eric mungkin cari kembali Ursula yang boleh menjelma menjadi perempuan muda bila Ariel sudah tidak menjaga. 


and talking about the wrong love, bila kau bercinta dengan orang punya. bila cinta kau tak direstui ibubapa. bila kau bercinta dengan orang yang kau tahu tidak sepatutnya. itu kau sendiri tahu, kekecewaaan dan sakit akan datang bila-bila, sama ada kerana karma atau balasan dan kesan darinya.


if it doesn't hurt, then it's not love. 






you know another thing that can be described as temporary happiness?


AFFAIRS. 


ya, saya faham bagaimana rasanya ada affair. saya pun pernah ada juga. forbidden fruit tastes better, doesn't they? with the knowledge yang kalau si dia kekasih hati tidak memuaskan hati, kita masih ada tempat bermanja. kita masih ada tempat mengadu damba. kita masih ada orang untuk melayan kita umpama raja. when the fire in the relationship dies out, people have affairs. 
affairs give you excitement, it gives you the thrill that long term doesn't give you. 


tapi ada sebabnya kenapa affairs should stay as affairs. 


kerana affair hanya menarik bila kita tak accountable for what we do. kita tak bertanggungjawab untuk memastikan affair itu berjalan lancar. affairs is strictly for fun. and that is the why it gives you the fire. kekasih gelap tidak akan pressure kau supaya call dia, keluar dengan dia, tekan kau macam macam. dia sedar tempat dia hanya sebagai simpanan, tempat melepaskan keluhan. dia bukan yang pertama. dia tidak punya hak. tidak akan ada bergaduh memaki sesama sendiri. kekasih gelap akan berusaha untuk mengambil hati dan memahami. 


itu sebabnya mereka dipanggil kekasih gelap, because they stay in the dark. 
mereka hanya wujud waktu senang. 


cuba kau tukarkan affair kau menjadi kekasih. kau ingat boleh bahagia? saat itu baru kau nampak taring dia. semua pencinta sama nalurinya. kalau dia sudah kau angkat jadi kekasih, maka tanggungjawabnya sudah lain, sayang. kau sepatutnya call dia, kau sepatutnya utamakan dia, kau sepatutnya bersama dia di mana-mana. 


saat itu baru kau tanya, ke mana si dia yang dulunya manja, understanding, merajuk pun tidak, yang layan kau macam raja?


kesimpulannya, love will hurt you, no matter who, no matter what, no matter how, no matter when. semua kisah bahagia, akan ada deritanya. bila bercinta, ingat di minda dan paku di jiwa, yang kebahagiaan awal bercinta tidak kekal selamanya. yang menguatkan kau dan dia hanya jodoh. kalau sudah tiada jodoh, kau berusaha macam mana pun, tidak ke mana. 


namun, itu tidak bermakna kita harus berhenti mencuba. kita cuma boleh tutup mata dan berdoa, agar kita dikurnia cukup kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk bersemuka. kita cuma boleh berharap, yang cinta kita direstui semua dan tidak melukai sesiapa. 


kalau si dia itu setia bersama pada waktu susah dan senang. pada waktu kaya atau miskin. pada waktu tua atau muda. pada waktu sakit atau sihat. itulah cinta yang sebenarnya. remember, there is no such thing as unconditional love when you are talking about two lovers. you deserved to be loved and to love. it is not a one way relationship. 


if you decide that person worth the hurt, then go ahead and love.
kerana di sebalik setiap derita, akan muncul juga bahagia, insya Allah.



No comments: