Friday, August 26, 2011

pengakhiran. (selamat tinggal)


I've reach a phase where i decided to stop writing. at least not publicly. 






hanya kerana saya sudah mula merasa blog ini sudah menjadi satu invasion of privacy. 
dan saya bakal sibuk dengan final year of being a medical student.
dan saya mahu mengekalkan hidup saya dan hati saya, hanya untuk saya. 
dan saya rasa, sudah tiba masanya saya membesar dan menjadi dewasa.


dan saya perlu move on dengan hidup saya.
therefore i decided to let go.


biarlah hidup saya punya element of mystery, terhad kepada saya dan yang saya sayang.


terima kasih kerana rajin singgah sama ada untuk membaca, mengambil tahu, merisik khabar, mencari gosip, dan yang sewaktu dengannya. 
terima kasih juga kepada readers yang sudi add saya di facebook.malangnya saya tidak akan approve friend requests dari yang saya tidak kenal.
terima kasih yang mengquote atau menglinkkan blog saya di blog mereka. lepas ini akan jatuh tempat paling bawah due to lack of update.:)
terima kasih juga yang menjadi followers saya selama ini. walaupun tidak ramai mana, namun saya tahu silent followers amat ramai.:P


it's been a wonderful bittersweet journey. 
and this blog has taught me so much of life, love and lies. 


saat saya mahu curah, dia ada.
saat saya resah gelisah, dia ada.
saat saya pedih dan sedih, dia ada.
saat saya gembira ketawa dia ada.
saat saya rindu dendam dia ada.
saat saya merajuk marah dia ada.


saya tidak delete sepenuhnya. artikel yang ada public knowledge masih saya kongsikan. cuma yang personal dan mengandungi gambar, sudah saya draft.
saya tidak mahu delete terus, kerana banyak kenangan sudah dicipta dan dicoret di sini. 
dan juga saya tidak mahu nama domain ini disalahguna. 


saya masih akan terus menulis, cuma bukan di sini lagi. di blog lagi satu, yang hanya saya dan certain mereka yang punya linknya. 


selamat hari raya everyone, dan semoga berbahagia.
Goodbye.:)



No comments: