I like collecting things. I like to make a collection out of things.
contohnya,
kasut. (rak baru donation ayah dan ibu tersayang memandangkan rak kasut lama terlalu serabut dan berdebu tiada pintu)
beg. (sudah kurang minat juga kerana malas mahu tukar barang-barang)
rantai.
gelang. (ini tidak minat sangat, kerana I tend to tanggal the gelang sebelum makan dan obviously kalau ambil air sembahyang kena tanggal, kemudian terlupa letak mana atau blah begitu sahaja buat collection makin sikit)
belt. (ini pun kurang minat setelah pinggang kurang ramping dan perut tambah ke depan)
selendang + syria. (a growing collection since i decided to make this style my main one)
kenapa, kamu tanya?
entahlah, mungkin saya terlalu banyak terima duit dari MARA dan tidak tahu mahu buat apa?:P
dalam hidup saya, saya suka sesuatu dalam jumlah yang banyak. plural bukan singular.
dalam kata lain, iya, saya tamak.
bila kita ada benda penting dalam hidup kita dalam bilangan yang banyak, kita tidak takut akan kehilangan mana-mana. kita banyak pilihan. kita tidak perlu attach dengan yang mana-mana. kita tahu kalau kita hilang satu, kita masih ada yang lain. kita jadi kurang dependant. kita masih boleh hidup. kalau kita kehilangan. masih boleh bernafas. bernyawa. patah tumbuh hilang berganti. kita cicirkan satu, kita masih boleh gerak ke depan. kita hilangkan satu, kita masih boleh pandang ke lain. semua dipandang dikasih sama rata. mungkin sini lebih sikit, mungkin sana kurang sikit, namun lebih kurang sama.
namun, bila kita hanya punya satu, kita jadi dependant terhadap sesuatu itu. kita pusatkan perhatian kita ke satu itu, kita fokuskan kasih kita ke satu itu, kita tumpukan our entire energy untuk menyayangi sesuatu itu. kita sanggup, kerana kita HANYA ada yang satu itu.
dan bila kehilangan yang satu itu, sakit. amat sakit. kita hilang arah, hilang tujuan, hilang pedoman.
ke mana lagi mahu dicurahkan perhatian kita yang melaut itu?
ke mana lagi mahu dilambakkan kasih kita yang melimpah itu?
ke mana lagi mahu dicari energy yang habisnya ke situ?
tempat bergantung yang selama ini membuai sudah putus jatuh ke tanah. kalau dicari mana pun, tidak mungkin sama, kerana special qualitynya sudah tersemat di hati.
seperti kau punya sepasang kasut atau berpuluh kasut. kalau kau punya berpuluh kasut dan salah satunya hilang, kau sama ada tidak ingat yang mana satu hilang, atau mentaliti kau fikir alah, baru satu berkurang dari yang berpuluh. berlainan jika kau punya hanya satu , dan kau hilang yang itu. maka berkaki ayamlah kau.
and i used to think i can apply the same concept to the people in my life.
dulu, saya tidak benarkan sesiapa pun rapat dalam hidup saya. saya kenal sana sini, saya bercinta sana sini, but i never let my guards down. i make a collection out of people: of friends, of boyfriends/admirers. saya tidak mahu saya jadi dependent ke siapa-siapa pun. saya mahu jadi kuat kerana, saya. biar saya hilang siapa pun, saya masih ada yang lain. biar saya hilang seorang kawan, saya masih ada yang lain untuk mengadu nasib. biar saya hilang satu kekasih, saya masih punya yang lain untuk memujuk hati.
especially when it comes to love.
saya senang mesej sana sini, berkenalan sana sini, gayut sana sini. saya tidak perlu bergantung ke mana-mana lelaki untuk bahagia. saya tidak perlu put my heart at stake. tanggapan orang ramai kata saya takutkan komitmen. saya tak boleh setia. saya mahu bebas.
sayang,
bukan kebebasan yang saya cari. bukan komitmen yang saya gentar. bukan kesetiaan yang saya elak.
i simply don't want to depend too much on others. coz when i do love, i love with my all. dan bila seseorang (singular) yang saya depend pergi, hati saya turut pergi. nafas saya turut berkurang. dan perasaan paling berat bila realization hits me, yang apabila tangan yang saya hulur hanya disambut angin.i don't want to get too attached.
namun, saya hanya manusia yang punya hati. seramai mana pun yang saya cari, tentu hati akan lekat pada yang satu juga. eventually, i learn this the hard way.
kesilapan pertama saya, is that i used to think i can apply the same concept to the people in my life.ah, how stupid and naive i am. manusia bukan barang. hati yang disentuh oleh manusia tidak sama dengan hati yang disentuh dengan barang. dan hati manusia yang saya sentuh sudah tentu tidak sama dengan barang yang saya sentuh.
dan kesilapan saya yang kedua kerana bergantung kepada manusia, yang tidak kekal lama. kerana sehebat seagung mana kasih kita, yang mengasihi dan dikasihi akan kembali ke satu juga.
kini, saya tahu yang sepatutnya saya hanya bergantung kepada yang satu.
itu, yang di atas itu.
kerana walau apa pun, DIA takkan kecewakan saya.
itu saya yakin.
I’m coming home, I’m coming home
tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
tell the World I’m coming...
lyrics that is close to heart. homerun, Skylar Grey.
on random note, try listening to Lelaki Seperti Aku by Alif Sattar. reminds me of someone and someone. except for the 'cantik' and 'baik' part.:P
No comments:
Post a Comment