Thursday, April 28, 2011

Inexplicable.

setuju kan, kalau saya kata, setiap orang yang significant dalam hidup kita, ada sesuatu tentang mereka yang buat mereka signifikan berbanding yang lain? 


apa yang akan anda jawab kalau seseorang mempersoalkan tentang pilihan anda?


kalau soalan ini datangnya dari pegawai MARA mengapa anda pilih untuk study medicine, mungkin anda boleh keluarkan jawapan skema 'oh saya mahu tolong orang sakit etc etc.'
kalau soalan ini datangnya dari kawan yang baru tahu anda sedang suka dengan seseorang, mungkin anda boleh kata 'oh dia tu handsome muka melayu tulen hot macam remy ishak!'
kalau soalan ini datangnya dari mak anda yang mempersoalkan kenapa anda boleh habis beratus ke satu bag, anda boleh cakap 'oh ini bag GUESS la ma, like of course it will costs me hundreds!'



kalau seseorang yang anda memang sayang bertanya ke anda (either a friend, lover or whoever it is) 

why do you choose to love me?




anda mahu jawab apa?

takkan anda mahu jawab kerana kecantikan dia, kerana kecantikan, walau seindah mana pun akan layu ditelan usia dan akan sentiasa ada yang lebih cantik dari dia. 
takkan anda mahu jawab kerana kebaikan hati dia, kerana ketulusan hati, walau setulus mana pun, kita masih lagi manusia yang kadang-kadang menyerah dengan bisikan syaitan.
takkan anda mahu jawab kerana kekayaan dia. hish kalau iyapun dia ada wallet segemuk kamus dewan bahasa, takkanla anda mahu jawab itu straight to his/her face?
takkan bila semua ini hilang, anda berhenti menyayangi?



when somebody i do love asks me that question, my answer will be,
'I don't know why I choose to love  you. I. JUST. DO.'



bagi saya, susah mahu tentukan satu titik ada apa pada seseorang itu yang buat saya sayang ke dia atau kenapa dia signifikan ke saya. seperti sebotol susu, manakan kita boleh tunjuk di mana letak lemaknya?seperti sebiji kek, manakan kita boleh tunjuk di mana esen vanilanya?


everyone has that special something that allows them to connect with us, different from the way they connect with everyone else. dan pada special something inilah yang menjadi ukuran kenapa somebody itu signifikan ke kita, dan kurang signifikan bagi orang lain. orang lain tidak mampu melihat that somebody the way we see that somebody, because we are the only one who can explained that special vibe we feel. we get along better with certain people, but not everyone else.

bagi saya, kita tidak perlu serupa untuk rapat. kita tidak perlu suka benda yang sama untuk rapat. all we need to have is that special something with that special someone, something that we can't explain by words, or point out to anybody, not even the person we have it with.
that special something is unexplainable. cannot be described. INEXPLICABLE. 


and to me, this inexplicable something is much much important than fireworks. 



fireworks are often misunderstood. saya pun, pernah saja tersilap langkah mendeclare yang seseorang itu the one, hanya kerana fireworks saya dan dia membara-bara. terlalu berapi sehingga membakar diri. and like i predicted, the relationship doesn't work out the way i wanted it to be. we tried a few times, coz we believe that those fireworks must have meant something, and there must be a reason why it is still burning after a few years. but it still doesnt work out. dan sejak itu, we knew that things are not meant to be. 

DON'T EVER USE FIREWORKS AS AN INDICATOR WHETHER THE RELATIONSHIP IS GOING TO WORK OUT OR NOT. 

coz most of the time, firework dan success of a relationship berkadar songsang. fireworks hanya ada bila kita tidak memiliki, bila kita terlalu suka, bila kita terlalu mengharap sesuatu. usually it disappears as time goes by. tak semestinya kalau kita ada fireworks dengan seseorang, itu tandanya kita sehidup semati dengan si dia. 

kalau begitulah the fact on fireworks, mampus aku nak juggle a few guys ahahaha



And if you have a minute, why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go somewhere only we know?
Somewhere only we know.

(lagu sila rujuk video youtube GLEE di atas,
original song by Keane)

bilamana kita sendiri resah gelisah, kalau hubungan itu sudah retak menanti belah, atau kita sudah tidak lagi berlari selari dengan mereka ini, samada terlalu ke depan atau terlalu ke belakang, atau kita sudah terlalu ignorant dan ego untuk mengakui yang dulunya they are special in our life, atau ada sesuatu yang that someone do yang buat kita merasa payah untuk terus menyayangi, atau kita sendiri sudah terlalu keliru untuk mengeja satu satu dan lampirkan hitam putih perasaan kita sendiri..

berbaliklah kepada that special something, that fireworks. tanya kembali diri kita, why do we choose to make that somebody significant in our life in the first place, among everyone else? why are we willing to sacrifice our time for that someone? why are willing to give that someone extra space in our heart?cuba ingat kembali perasaan itu.

seperti yang saya alami tidak lama dulu, sebenarnya saya sendiri sudah keliru kenapa saya anggap si dia itu kawan yang istimewa. so we got back together, recreate the moment, and even though things are not the same as it used to be, at least i got to justify it to myself, why that someone used to become a big part of my life.and that moment, was the one i most remembered and treasured compared to the years.

sememangnya satu perjalanan itu, sekiranya sudah terlalu menyesatkan dan bersimpang siur, kita harus pulang ke basic. bak kata pepatah, sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. dan di pangkal jalan perasaan, mungkin kita akan berjaya temui, that fireworks yang selama ini membuka hati dan menutup ego. things might not be the same as we wish it to be.

coz it might get better.:)





p/s: we like to think that we have a certain special something with someone. but doesn't it hurt when that someone doesn't think they have something special with us? that we are just as plain as everyone else?