I'm supposed to be studying for Orthopaedic. you know, bones and stuff. I'll be doing my first oncall in Emergency this Wednesday.
but how do you expect me to be studying, when my wedding is only..
3 DAYS AWAY?? (excited mode sekejap)
anyway, aku kan sudah berjanji untuk meneruskan penulisan aku yang bertajuk ini. sebelum aku melangkah ke langkah seterusnya, aku ingin komen beberapa perkara.
satu, kepada kamu yang 'concern' dan menghantar email yang berjela panjangnya, aku mahu tahu, apa niat kamu hantar email sebegitu? I can see that you made a good stalker, seeing how much you know about me and my previous love life. cuma aku perlu ingatkan kamu,
yang kau barely kenal aku siapa, inikan pula perasaan hati dan fikiran. jadi mengapa kamu perlu buat andaian sebegitu? seolah-olah kamu ini lebih arif dari aku dan kenalan rapat aku sendiri, yang terlalu berani mengatakan kepada masa depan aku yang aku masih di takuk lama?
geez, I thought when people reached 25 and above, people will stop with this kind of thing. I guess not. they aged, but their mind sure didn't.
kedua, kepada seseorang yang dengan murah hatinya membuat fake account twitter menggunakan nama aku, aku tidak tahu juga apa tujuan kamu. walau tidak ada apa-apa tweet, tidak perlulah menggunakan nama dan gambar aku untuk tujuan sebegitu.
*menggeleng kepala dan mengeluh*
human, nowadays.
anyway, ingin aku sambung lagi tips moving on yang seterusnya.
4. get help. reach out.
selalunya manusia ini, lumrahnya tidak mahu mengaku kalah. lagi-lagi kalau kita tergolong dalam kumpulan personaliti A, yang biasanya nampak gagah dan bergaya. when it comes to feeling and heart, kita tidak mahu dianggap lemah. kita tidak mahu dianggap lembik. di luar muka penuh selamba dan senyumnya melebar ke mana-mana, namun hati menangis tidak terkata.
kita mahu orang lihat kita sebagai kuat, seorang yang walau ditimpa badai dan duka, kita masih tegak berdiri dan tidak perlu simpati yang menggunung tinggi bila diketahui ramai yang kita sudah dilukai. kita mahu orang kata kita tak kisah atas apa yang terjadi. kita mahu orang tengok kita, dan kata 'tengok dia tu. dah kena tinggal pun rilek je.'
we want people to see, and we want to convince ourselves that despite what happen, we don't give a damn, and we are not affected.
sebenarnya, aku selalu juga begini. buat-buat tabah dan tak kisah sedang hati parah. aku percaya (sedikit walau tidak sepenuhnya) yang kalau kau kata ke diri ;
aku kuat.
aku kuat.
aku kuat.
lama-lama kau akan percaya yang kau memang kuat. dan lama-lama kau memang kuat.eventually.
tapi kau kena juga get help.admitting what makes you fall will bring you up. i think I've said something about this phrase in my entry once upon a time. pandang ke kiri dan ke kanan, dan carilah sekadar bahu seorang dua untuk dijadikan sandaran tatkala kau bercerita dan berair mata. untuk meluah perasaan dan kecewa yang bertimpa. untuk meluahkan sengsara dan sunyi yang menimpa.
you don't have to face this alone. you don't.
saat inilah kau akan nampak siapa yang lebih ambil berat ke kau sebenarnya. support system yang kukuh akan membantu kau dalam mengharungi satu perjalanan yang panjang ke arah pemulihan. kau tidak perlu pendam dalam hati. jangan malu untuk meluahkan.tidak bermakna kau lemah.
semua orang pernah melalui saat-saat kecewa begini. percayalah. dan hati yang pernah melalui lebih faham dan lebih sesuai untuk berkata.
dan ini membawa kita ke tips seterusnya;
5. CRY.
aku memang suka menangis. dan I'm a big believer of
'The cure for anything is salt water; sweat, tears or the sea.'
(seperti dalam artikel aku yang sebelum ini.)
kalau aku rindu, senang sahaja aku mengalirkan air mata. aku tidak segan silu duduk sendiri di dalam bilik, aku buka lagu-lagu yang mengingatkan aku pada si dia, aku hamparkan semua kenangan lalu bersama, dan aku menangis sepuas-puasnya. sejam, dua jam, entahlah aku pun kurang pasti berapa lama. yang aku tahu, hati aku rasa tersiat, rasa dikoyak, rasa tercarik.
masa itulah realiti menghimpit jiwa.
masa itulah sedih ditambah duka.
masa itulah sengsara dan seksa yang selama ini ditanggung, dimuntah segala-gala.
at the end of that session,
AKU LEGA.
mungkin segala perasaan itu dibawa lari dengan air mata yang mengalir laju. mungkin segala penafian yang aku kehilangan sudah dirasai dengan hati. mungkin rasa penat menangisi apa yang terjadi membuat kau rasa mahu berkata kepada diri sendiri 'Sudahlah.'
kerana bila kau menangis, kesedaran itu sudah ada. aku tidak katakan yang bila kau menangis sekali dua kau sudah sembuh. tidak. it will take a couple session, perhaps a dozen or two. to reach this realization stage.
the stage where you said to yourself,
'You know what? I'm tired of this. Of feeling this way. I'm tired of crying over something that I already lost. Crying over something that had happened and had no future. crying over something that is not meant to be. Crying over something that makes me feel this way. I'm exhausted, and I'm sick of crying over something that hurts me like this'.
that's it. kau sendiri yang berkeputusan untuk move on dengan rela hati. atas dasar kau tidak mahu menangis seteruk ini lagi.
you know at the end of the day, it's useless to mourn over something over and over again. and you stop mourning.
believe me, I've been there. I've done that.
***
aku rasa cukup sampai di sini dulu. akan aku sambung tips 6-10 dalam artikel yang seterus-seterusnya. aku perlu bersedia.
doakan hari-hari yang mendatang ini, dirahmati Allah dan diberkati majlis-majlis yang akan berlangsung lagi beberapa hari. aku sudah tidak sabar mahu menjadi isteri orang.
insya Allah.:)
but how do you expect me to be studying, when my wedding is only..
3 DAYS AWAY?? (excited mode sekejap)
anyway, aku kan sudah berjanji untuk meneruskan penulisan aku yang bertajuk ini. sebelum aku melangkah ke langkah seterusnya, aku ingin komen beberapa perkara.
satu, kepada kamu yang

No comments:
Post a Comment