Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
aku rasa semua dapat agak, ini lagu cerita apa.yup, ADAMAYA. dah sampai episode 15 baru aku start tengok, pasal kekasih hati sibuk melobi suruh aku tengok.dan aku pun cuti 4 minggu tak tahu nak buat apa.
memang sakit hati sangat tengok si dani tu. dahlah tak hensem, busuk, tak pandai berlakon over gesticulation hahaha.sedang aku baca orang marah2 pasal maya pegi cari kekasih lama dia balik, aku pun fikirlah, kenapa agaknya benda tu boleh jadi?
benda ni bukannya benda baru ataupun impossible. seorang kenalan aku, ayahnya baru sahaja meninggalkan dia dan keluarga dia untuk kahwin dengan kekasih masa sekolah menengah dulu.anak sudah berapa orang, dia pun sudah masuk umur 50-an.
berikut adalah teori-teori aku kenapa benda ni boleh jadi:
1)bila old flame datang dalam hidup semula, seolah-seolah kau rasa macam diberi peluang kedua. second chances to live a new life with a new person. untuk start over sesuatu yang baru.lupakan semua masalah nak bayar bil, anak-anak buat hal, itu semua letak belakang.
2)selalu kan orang cakap, the two most cruel word in the dictionary is 'what if?'. mesti bila tak jadi dengan si dia, kau terfikir-fikir 'what if we do get together?would my marriage be any different?' .dan tiba-tiba datang pulak peluang merealizekan what if itu.
3)perasaan itu pernah ada. dan diri sendiri tahu betapa kuatnya perasaan kat orang itu. kau tahu bagaimana bahagia kau dengan orang itu dulu.kau tahu peel dia macam mana, tahu dia layan kau macam mana. lagi2 bila kahwin paksa macam adam dan maya, lagilah perasaan itu dipendam dalam-dalam tapi tak hilang.dan tiba-tiba kekasih lama datang dan muncul kembali, perasaan itu resurfaced.
4)dan of course,bila kau dah kahwin, baru tahu langit tinggi rendah.baru tahu yang nak jaga rumah tangga itu bukan senang.dan tiba-tiba cinta baru datang, rasa macam diri berada di awangan, a chance to escape dari semua masalah dunia. rasa macam awal-awal bercinta.lainlah dengan perasaan yang dah lama kahwin.
5) tentunya layanan masa bercinta lain, layanan lepas kahwin lain.kata nak pujuk supaya sambung balik kan, mestilah dengan pujuk rayu ayat cinta maut janji setia, macam si dani tu.kalau boleh emas intan berlian mahu dilonggokkan. tak kahwin lagi dengan orang tu, mana nak tau perangai dia.mestilah ingat semua indah..
5) tentunya layanan masa bercinta lain, layanan lepas kahwin lain.kata nak pujuk supaya sambung balik kan, mestilah dengan pujuk rayu ayat cinta maut janji setia, macam si dani tu.kalau boleh emas intan berlian mahu dilonggokkan. tak kahwin lagi dengan orang tu, mana nak tau perangai dia.mestilah ingat semua indah..
pasal itulah aku cakap, OLD FLAMES ni memang bahaya.kalau tak takdalah dipanggil 'API'. kecil2 memanglah bahagia, bila api dah marak menyala, keluarga anak semua boleh bye bye.
benda ini boleh jadi kat semua orang.
memang susah nak menutup buku lama.susah nak menutup ingatan kepada bahagia yang satu masa dulu pernah kau rasa.
memang susah nak menutup buku lama.susah nak menutup ingatan kepada bahagia yang satu masa dulu pernah kau rasa.
2 comments:
nice xplanation..
addicted gak ngok ADAMAYA ni
gudluck 3rd year
...i dah final year dah although we same age..hihi
hehe i yang tak suka tengok cite melayu ni pun addicted gila kot.hehe thanks gonna finish 3rd year soon!!xsabar nih.
hehe ni yg susah amik medik.org lain my age dah grad dah.gud luck to u too!!
Post a Comment