Tuesday, September 01, 2009

lagi lagi isu tudung

pertama-tama,aku ingin ingatkan yang entri ini tujuannya bukan untuk mengkondem sesiapa,cuma aku cuit sini sana dalam penghasilannya.

rata-rata rupanya ramai yang sentuh isu tudung dalam blog mereka.tak kiralah blog ustaz atau orang biasa,semuanya sibuk berdebat tentang isu bertudung ini.dan aku kira,sebagai seorang insan yang bertudung sejak mencecah puberty,aku tergerak juga ingin menyuarakan pendapat yang asyik bersarang di minda ini.

tudung itu bukanlah pengukur keimanan di hati.itu betul.yang selalu aku dengar,'elleh,bertudung je lebih,tapi perangai cam hape gak'.

TUDUNG DAN LIMIT

mungkin tudung ini buat kami lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu kerana nilai tudung ini di mata orang ramai.yalah,kalau bertudung takkan mahu pergi clubbing.kalau bertudung,takkan mahu tonggeng arak.kalau bertudung takkan mahu peluk cium depan khalayak ramai.

TUDUNG DAN MAKSIAT


ya,aku tahu,orang akan kata,ramai saja yang bertudung tapi tidur dengan lelaki entah mana.ramai yang bertudung tapi peluk cium kekasih hati.ramai yang bertudung tapi pakai sendat macam apa.

ingin aku tanya sekali lagi.APA HUKUM ALLAH ITU KEPADA SEMUA ORANG TIDAK SAMA?adakah kerana anda tidak bertudung maka anda boleh berbuat itu semua?tak silap saya,tak kira bertudung atau tidak.semua yang saya sebutkan di atas tetap haram.hukum ALLAH itu applied to all kan?bukannya kalau bertudung dan buat itu semua,maka hukumannya jadi lebih berat.

bukan aku mewajarkan perbuatan di atas,cuma mengingatkan kepada semua,bahawa hukum ALLAH itu sama rata.

kami yang bertudung ini pun manusia biasa,kadan-kadang terslip juga ke arah gelap.kadang-kadang terhasut juga dengan pujukan syaitan.semuanya bergantung kepada keimanan.

KESEDIAAN BERTUDUNG

tak mahu sentuh pasal sedia atau tidak mahu pakai tudung.itu hak mereka kalau mahu pakai atau tidak.cuma teringat satu ketika;

pernah rakan saya berkata,dia hanya akan pakai tudung bila dia rasa dirinya sudah baik.sahabat,ingin aku nyatakan di sini,tak perlu jadi baik untuk mula pakai tudung.tudung itu kiranya satu permulaan untuk ke arah itu.tak perlu rasa diri macam malaikat baru boleh mula pakai tudung.kita ini semuanya manusia,ada cacat cela.perbaiki diri sementara masih ada.

KESIMPULAN

tapi saya tahu,walau apa pun yang saya cakap,stigma ini tetap akan ada.yang ebrtudung itu tetap akan dinilai oleh orang ramai.

maka,saya akan cuba perbaiki lagi diri ini.moga cacat-cela itu akan dapat saya tampung.

5 comments:

aneele_elle said...

ho yea azy saye setuju pade ape yg kamu katekan, huahh, and personally i dun like the perception of people toward the bigger ur hijab the better u are and vice versa. cumenye, memang sudah terang lagi bersuluh hijab itu kewajipan, ngehngeh. just that no need to judge people, just guides them to being a better muslim, ^^. Selamat berpose jugee ye azy!! lame tak jumpe kt ym ke fb ke, ahahaha.

azyan liyana said...

huhu..i noe right?wearing a tudung doesnt make us an expert in agama.it means that we r mere hamba Allah who is just trying to follow HIS order who is still in d process of learning and improving ourself.

wearing a tudung doesnt make us malaikat ke apa yang tak pernah buat salah.pity those close-minded people!

azyan liyana said...

owh,dah lame xonline ym.malas.fb juga malas.hihi

ERES said...

erm, azy..

igt x 3 org

yg kita jumpa kat

uptown hari 2??

berselendang ala2 ct..

huhuhuhu..

rasanya ok lagi dorng tu

wlupun jilbab yg di pakai

sekadar hiasan dan fesyen semata

drp mereka yg menunggu masa utk

menjadi suci n 'malaikat'

br nak pakai.. hehehe..

sengal btul!!

azyan liyana said...

betul tu erma.mula2 niat nak berfesyen.mana tau satu hari nanti terbuka pintu hati kan?kita doakan je sama2.

pasal kalau nak tunggu jadi malaikat baru nak pakai,gamaknya takde orang pakai tudung la dalam dunia nieh~