Sunday, June 07, 2009

jatuh kan boleh bangun lagi.tersungkur kan boleh duduk kembali.


selesai sahaja aku meng'click' publish post,tiba-tiba handphone berbunyi lagu 'aku dan dirimu'.

'azi,ak baru je break ngn ***....'

hatiku terasa seperti jatuh ke tanah.bukan apa,X sudah bercinta selama setahun lebih dengan si dia.dan X sudah meletakkan bergunung harapan supaya si dia ini adalah mr.right.

perasaan break itu memang terlalu perit.terlalu payah.terlalu berat.
hati terasa disiat-siat.jiwa rasa kosong.nafas terasa singkat.badan terasa lemah tak bermaya.

mungkin senang untuk orang luar yang tidak pernah melaluinya mengatakan, 'aahh.cari je la laki lain.mamat tu bukan hensem sangat pun.'

tidak.tidak semudah itu.(menggeleng-geleng)

ya, aku tahu,cinta kepada Tuhan itu yang patutnya diutamakan.bukan cinta kepada manusia.tapi cinta kepada manusia kan memang naluri.manusia kan memang diciptakan berpasang-pasangan.

analoginya di sini, kau anggap kau meletakkan si dia dalam jantung kau.kau biarkan si dia menjadi sebahagia dari jantung kau.darah yang mengalir ke sel-sel badan semuanya mengandungi dia.dan tiba-tiba bahagian jantung itu diranap begitu sahaja.mati begitu sahaja.

sakit kan?perit kan?pedih kan?

ini sahaja yang aku mampu katakan,bukan kepada X sahaja,bahkan kepada diri sendiri dan semua rakan yang pernah mengalami:

-what doesn't kill us will make us stronger.
-no matter what happen,life goes on.
-if you can make it before, you can make it through this time.
-everything happens for a reason.
mungkin sekarang kamu tidak nampak hikmahnya,tetapi percayalah,ada sebabnya kenapa kamu tidak ditakdir untuk terus bercinta dengan si dia.

-time will heal.
mungkin esok lusa,mungkin bertahun lamaya.mungkin parut itu masih ada,tapi biarlah parut itu menjadi kenangan kepada cinta yang kecundang.jantung itu tak akan terus berdarah.luka itu tak akan terus terbuka.

dan yang paling penting, berkabunglah.jangan put up a front face and pretend to be strong.strength come from within. don't be afraid to cry.kita ini manusia.ada hati dan perasaan.sekali-sekala kita akan jatuh juga.bila jatuh, mengaduhlah sekuatnya,meraunglah sehibanya,menjeritlah sehebatnya.selepas itu kita akan bangkit semula,dan bangkit semula itu sahaja sudah membuktikan kita kuat.

mungkin orang kata 'ko tulis panjang-panjang nieh,ko pernah ke lalui?senang ar cakap,bukan kau yang tengah break!'

aku pernah melaluinya.bukan sekali dua.ada yang berbulan,ada yang bertahun.ada yang tak sempat bercinta lagi sudah kehilangan.

mawar mana yang tidak berduri.
namun percayalah, selepas hujan pasti ada pelangi.

No comments: