Sunday, March 24, 2013

Peluang.


terasa ingin menaip sepatah dua kata kepada kamu-kamu yang pernah melukai hati aku sedalam-dalamnya tahun lepas.yang telah membuatkan air mata aku mengalir tak henti beberapa minggu.

‘Terima kasih,kerana memberikan aku peluang bertemu dengan jodohku yang sebenar.’

Ya,kadang-kadang si dia yang kita kenal bertahun lamanya,yang sudah terpatri janji sampai mati untuk bersama hingga akhir nanti..
Kalau di Luh Mahfuz sudah tertulis kau BUKAN dengan dia,maka bukanlah.

Ya,aku hilang orang yang aku sayang tahun lepas,ke tangan insan yang sanggup melukai tanpa peduli.
Dan Allah gantikan dengan insan yang berjuta kali baiknya,berjuta kali indahnya,berjuta kali sesuainya dengan aku.

Dan ini,akan aku pelihara sebaiknya, sampai mati.

Terlalu pantas?ya,memang semuanya jadi dalam berbulan.namun,kan aku katakan tadi,jangka hayat perkenalan kita dengan seseorang tidak menjamin apa-apa.
Jangka hayat perkenalan tidak berkadar terus dengan kebahagiaan mahupun keserasian kau dengan si dia,malangnya.

Ini jodoh,bodoh.

Maka kepada kamu dan kamu,berbahagialah.tidak ada sekelumit dendam mahupun rasa bengang kepada kamu berdua.aku tidak mahu membazirkan doa mendoakan kebahagiaan kamu.yang boleh ku kata, ‘good luck!’

Dan aku,akan menggunakan sepenuh doaku untuk si dia yang kini sentiasa dekat di hati,yang bakal menjadi suami.

Tidak lama lagi.
Tidak lama lagi.

Insya Allah. *senyum*



No comments: