Monday, March 06, 2017

Belajar.

sebenarnya, untuk mencari kekuatan di sebalik derita bukan senang. walau kau sudah disogok dengan kata-kata dan pedoman dan doa dan nasihat dan motivational words oleh orang sekeliling. kalau kau sendiri yang tidak tahu hujung pangkal kekuatan itu, memang susah kau mahu berdiri. bak kata Wani ardy (pengarang sajak ini), semua kata-kata ini, kita dah tahu dan dah lali.

we just need time to sit back and reflect, let it out now and when the storm has calmed down-learn.

oleh itu, apabila satu kesusahan yang menimpa, perlu kau berdepan dengan ribut itu dahulu. fahami, hayati dan persiapkan diri untuk menerima kewujudan ribut itu dalam hidup kita. tidak perlu tergesa-gesa ingin mencari pelangi. tidak perlu cuba mengelak dan menafi supaya tidak perlu menghadapi. kau perlu. ribut itu tidak akan pergi sendiri. kau lari jauh mana pun, ribut itu akan tetap menghantui.

dan apabila kau sudah melihat ribu itu dari semua segi, dari semua aspek, dari semua penjuru, baru kau boleh simpulkan langkah seterusnya, dan yang paling penting, apa yang kau belajar dari ribut itu. apa yang kau fikir berguna untuk dibawa pulang dan disemat dalam ingatan. dan perlahan-lahan, baru kau boleh bina kekuatan untuk mencari pelangi yang tersembunyi. ada, pelangi itu ada. sama ada cepat atau lambat untuk kau temui saja.

seperti insan-insan yang lain, aku sudah tentu tidak terlepas dari badai dan ribut seperti ini. telah bermacam ujian yang aku tempuh. dan bermacam pengajaran yang aku telah dapat dari semua yang aku telah lalui. baru-baru ini, seseorang telah berkata ke aku, bahawa cerita aku yang dahulu adalah inspirational. dia kagum aku boleh memutuskan perhubungan yang telah bertahun lamanya dan memulakan kehidupan baru seperti tiada apa-apa berlaku.

Jujur aku berkata, aku tidak pernah menganggap tempoh itu sebagai satu tempoh yang memeritkan. I think compare to other situation I have been in, that one particular time doesn't even make it into top 10. I think I've encountered much, much worst during my medical student years.

dari ribut yang menimpa aku ketika itu, aku telah berjaya fahami dan ketemu pelangi aku sendiri. I manage to make peace and embrace my problems, and i confront it like a strong woman I am. tiada guna aku terus menafi dan menidakkan apa yang sudah ada di depan mata. bertahun lamanya aku pendam, cuba lari dari realiti dan aku bina tembok supaya aku tidak dikejar lagi. tidak guna aku cuba menutup mata, telinga dan hati dari dilema yang memebelenggu diriku lagi. aku terima,  dan belajar dariya.

aku senaraikan beberapa, dan aku berharap semua yang aku listkan ini, boleh menjadi pegangan dan pengajarannya boleh digunapakai kepada sesiapa yang sedang melalui situasi aku ini.

satu, it's HIS LOSS, not mine. 

sememangnya, dari awal aku mendapat tahu, aku sudah sematkan di hati ini, yang sekiranya aku kehilangan seseorang yang tidak menghargai aku, dia yang rugi. pada ketika itu, aku sudah graduate menjadi doktor, dan bakal pulang ke Malaysia to start over. to start a career. I am finally going to be what I want to be and what I worked for after all this while. aku sematkan dalam diri yang aku ini, I am too precious to be wasted on somebody who doesn't love me. aku kira aku bukanlah buruk sangat, dan aku punya kelebihan aku sendiri. aku yakin bukan dia sahaja lelaki dalam dunia ini. (true, I was approached by many afterwards.) dan aku yakin, yang ramai lagi di luar sana. bunga bukan sekuntum, lebah bukan seekor.

aku teringat dalam satu cerita chick flick yang aku pernah tengok, "Looking good is the best revenge." and I did. aku pergi ke gym berbulan lamanya, aku spend sedikit untuk nampak lebih stylo, and I hang out with my friends and get to know people. tidak terdetik langsung penyesalan selepas aku membuat keputusan tersebut, malahan aku lega kerana telah terlepas beban dan seksa yang aku tanggung selama bertahun lamanya. tipu kalau aku kata yang aku tidak sedih pada awalnya, namun aku recover dalam tempoh yang amat singkat. this is my chance to be free, to roam free, to experience things, to be a new me.

I have my family and friends, a degree, a DR title, a career, and I got me. 
so tell me again, why is it my loss?

dua, aku TIDAK akan hancurkan masa depan aku untuk LELAKI. 

ini sebenarnya sudah menjadi prinsip aku sejak dulu lagi. sewaktu aku PMR, aku sedang patah hati (alah, cinta remaja macam tu lah, kan). namun aku masih study macam nak gila dan mendapat straight A's. sewaktu SPM juga begitu, cuma aku sedang dalam long term relationship ketika itu. Namun di sebalik tangis dan kecewa aku masih kuatkan diri dan aku ingatkan diri aku sendiri begini,

"This is your future that you are dealing with. the boys will come and go, but your SPM result won't. do you want to suck in your SPM because of some guy who you won't even remember his name in 2.5 years time??"

and yeah, I scored all straight A's for my SPM. and yeah, I broke up with that douchebag 2 months later. no regrets.

dan kali itu pula, aku sedang berdepan dengan final year Medical Professional Exam. yang akan menentukan sama ada aku akan graduate bersama-sama rakan seperjuangan atau tidak. yang akan menentukan sama ada hutang aku kepada MARA akan menjadi hutang atau scholarship. yang akan menentukan sama ada susah payah aku selama 7 tahun aku berhempas pulas untuk satu degree akan berbalas atau tidak. not just any degree. a MEDICAL degree.

so why should I sacrifice my future for some uncertainties that comes in a form of a guy?

nah, aku belanja gambar grad satu!

tiga, aku akhirnya percaya yang jodoh itu, kalau memang jodoh, akan dipermudahkan. 

kalau asyik konflik saja sepanjang masa, asyik risau takut berdebar sepanjang masa, itu bahagia ke namanya? sudah tentu tidak. dan itu baru bercinta. kalau kahwin begini, mau cerai hari-hari. dan aku rasa aku tidak perlukan itu semua. maka dengan itu, aku cukup yakin yang meninggalkan satu hubungan yang penuh dengan drama dan konflik  akan membuatkan aku lebih bahagia.

kita bercinta, untuk mendapatkan bahagia. tak ada sesiapa yang bercinta dan berkasih sayang supaya dia boleh disakiti dan berendam air mata setiap masa. itu bukan cinta namanya. itu eksploitasi. aku tak perlukan hubungan yang toksik sebegitu, yang menjerut aku setiap masa, seolah-olah aku bakal dihukum gantung pada pada satu waktu yang belum tentu.

bercakap mengenai jodoh yang dipermudahkan, aku bertemu suami aku sekarang hanya 4 bulan setelah aku pulang ke Malaysia, melalui cara yang paling mudah dan simple. aku dirisik 3 bulan kemudian, bertunang 3 bulan selepas itu, dan berkahwin 3 bulan selepas itu. tipu kalau aku kata tidak ada konflik dalam tempoh waktu ini, namun aku kira semua dipermudahkan. dari kau bercinta bertahun-tahun dan diakhiri dengan kosong, baik begini.

empat, aku tidak menghentikan kehidupan aku, hanya kerana perkara itu terjadi. 

I move on. I dated around. I meet with other people. i was open to conversation. memandangkan aku punya banyak masa terluang sementara menunggu housemanship, aku bekerja di company tempat ayah aku bekerja selama sebulan, aku join volunteer activity ke perkampungan orang asli, ke rumah orang tua, aku rajinkan diri ke gym, dan paling utama, aku jalinkan semula hubungan dengan rakan-rakan yang sudah terpisah lama.

tidak, aku tidak menghabiskan masa aku dengan menangis merintih di dalam bilik keseorangan. mungkin ada beberapa episod yang begitu, namun tidak lama dan tidak berpanjangan. and yes, I stopped caring. aku tidak pernah pun cuba atau berminat mencari berita atau perkhabaran baru. aku kira, yang lepas biar lepas. I'm not the kind of person who will wait and hope for him to come around, pining over some guy. I. MOVE. ON.

no matter what happen, life goes on. and I should too. 

lima, aku punya ramai lagi yang menyayangi aku. 

i have a strong support system. apabila benda sebegini terjadi, kau akan nampak dan lebih jelas siapa yang sayang kau sebenarnya. keluargaku terutama ibu bapaku yang amat faham dengan situasi aku dan tidak pernah mengungkit apa-apa ataupun memaksa aku kahwin cepat. kawan-kawan baikku yang tidak pernah bercerita tentang apa terjadi kepada that guy (coz I didn't bother to ask them as well) dan selalu memberi galakan (dan cubaan untuk memperkenalkan aku kepada rakan-rakan lelaki mereka, ehem.)

dan bila aku bertemu dengan suamiku yang sekarang ini, semua memberikan approval dan rating yang tinggi. (lebih-lebih lagi suamiku adalah kawan baik kepada suami kawan baik aku sendiri.) 

enam, aku berjumpa dengan si dia yang berjuta kali ganda baiknya. 

and he became my husband until now.:)

apa yang aku cuba ketengahkan di sini adalah, setiap ujian yang datang itu, ada hikmahnya yang kau perlu kaji dan teliti sendiri untuk kau nampak. tidak cukup orang sahaja yang berkata kosong "setiap yang jadi ada hikmahnya". kau sendiri yang perlu nampak dan fahami how does the hikmah suits your life. how it suits your situtaion.

kau perlu BELAJAR bagaimana mahu belayar dengan ombak yang menghempas.
kau perlu BELAJAR bagaimana mahu mengharung hujan dan mencari pelangi.
kau perlu BELAJAR bagaimana mahu mencapai ketenangan yang datang setelah ribut,
kau perlu BELAJAR bagaiman mahu menerima yang darah dan kuping itu akan datang setelah luka,
kau perlu BELAJAR bagaimana mahu bangun setelah mati.

and once you learn, you will come out of this situation as a better, stronger and more mature woman.

"The ability to find beauty in pain, when pain is what you need, though you may disagree, is something that we are all constantly trying to embrace and make peace with."-Wani Ardy

Wednesday, October 19, 2016

Right Person + Right Time = Mr Right.

sedang aku mengemas rumah sambil satu movie terpampang di telesyen, aku terdengar satu dialog yang aku fikir mulanya agak absurd, namun bila didengar semula, logiknya terlampau sehingga membuat aku sedar tentang betulnya hal ini:

When it comes to choosing a life partner, it's not only the matter of who, why and what, in the end it comes down to the matter of 'WHEN'. 

kenapa aku setuju dengan pernyataan itu?

THE RIGHT PERSON HAS TO COME AT THE RIGHT TIME. OR ELSE HE IS NOT CONSIDERED TO BE MR RIGHT.

being Mr Right just doesn't cut it anymore.

kau pernah tak lalui, bila kau sudah mahu berkahwin, ataupun kau punya seorang rakan yang akan berkahwin, dan persoalan ini berbangkit

"How do you know this person is the right one for you?"

and we know but we don't know how to answer this question because it's a easy but a tough question to answer. there is no direct answer to that question. but one easy and truthful answer is:

because he comes at the right time. at the right moment. and at this particular moment, he is the right guy. and that makes him the right one. 

betul, kan? yang menentukan sama ada seseorang itu adalah 'the one' atau tidak, ia bergantung kepada timing kehadirannya dalam hidup kau. pada waktu dan fasa manakah dia hadir dalam kehidupan kau. dan sama ada timing itu adalah timing yang sesuai atau tidak. kalau timingnya tidak sesuai, sudah tentu kau akan brush off si dia sebagai orang yang salah. kalau timingnya memang tepat pada masanya, si dia serta merta akan diangkat sebagai The One.

sebagai contoh, sekiranya si X datang pada hidup kau saat kau sedang umur 16 tahun, sekolah pun baru tingkatan 4, pergi sekolah pun mak yang hantar naik kereta, masakan kau sudah menganggap si dia The One sedangkan kau tahu hidup kau baru sahaja bermula dan 16 tahun terlalu muda untuk kau settle down? (okay, even though at that time anyone who "couple' with us, we seems to think and convince that the relationship will lasts for a lifetime. i think anyone can relate to this, right? stupid puppy love.) tapi sekiranya kau bertemu dengan si A sewaktu kau sudah berumur 30 tahun, sudah bekerja dan tidak mempunyai sesiapa, kebarangkalian si A untuk menjadi The One adalah amat tinggi. because the timing is right!

bila timing yang betul? bila kau merasakan kehadirannya dalah bertepatan dan menaikkan peluang untuk si dia diangkat martabatnya sebagai The One? ini antara contoh yang aku boleh berikan. tidak semuanya boleh diguna pakai pada semua orang. ini hanya pemerhatian aku berdasarkan apa yang terjadi di sekeliling. the TIMING IS RIGHT with a combination of these situations:

1. PEER/FAMILY PRESSURE

selalunya saat ini akan terasa dalam hidup kau bila kau sudah bekerja, fixed income dan financially stable,sudah tentu saat ini ahli keluarga mak ayah makcik pakcik jiran sebelah ketua kampung semua akan memujuk (dan mengkritik) kau supaya cepat-cepat mencari seseorang untuk dijadikan suami. kau akan ditakut-takutkan dengan status andartu dan ayat-ayat seperti 'asyik kerja je kahwinnya tak nak! perempuan ni kalau kerja tinggi-tinggi tapi tak kahwin tak guna jugak!"

dan kau lihat kanan kiri, satu persatu bridal shower yang kau hadiri. satu persatu majlis kahwin yang kau datang. satu persatu rakan-rakan kau berkahwin macam pin dibaling bola bowling. one by one, they go down. facebook news feed penuh dengan status bertukar dari 'Single/In a Relationship' ke 'Married to...'. dan dari gambar kahwin, penuh pula dengan gambar babies. sedangkan kau pula, masih lagi gambar makanan hipster dan barang shopping. rakan-rakan sana sini bila berjumpa di reunion pula, semua akan sibuk bertanya, "kau bila lagi?" sambil tangan berinai atau menyalin pampers baby.

saat inilah, saat paling tepat kau tahu yang kau sudah bersedia.

dan saat ini, mana-mana yang hadir dalam hidup kau, and if he stick long enough, akan berpeluang untuk diangkat sebagai The One. timing si dia hadir adalah amat bertepatan, iaitu di saat kau bersedia untuk kahwin dan settle down (dan untuk menamatkan leteran dari mulut-mulut ini.)

2. YOU ARE LOOKING FOR A FRESH NEW START.

paling senang bila kau baru sahaja tamat belajar. dan kau sudah bersedia untuk move on ke dunia baru iaitu The Adult World. permulaan yang baru ini sudah tentu datang sekali dengan perkahwinan. alah, kau cuba tengok berapa ramai para graduan yang ssesudah topi biru itu dibaling dalam sesi fotografi, salah satu agenda utama adalah kahwin? selepas aku tamat belajar dahulu, entah berapa ramai dan berapa banyak kad jemputan yang aku terima.

timingnya memang bertepatan dengan keadaan kau yang mahu melangkah ke alam dewasa, dan menempuh alam pekerjaan bersama-sama dengan pasangan yang ada. hidup kau akan berubah 360 darjah bila kau mula bekerja dan mula memikul tanggungjawab sendiri. having somebody with you, holding your hand, does make the uncertain future seems less scary. dan sesiapa yang sudah ada di sisi kau ketika itu, dia itulah yang akan menjadi The One. norma kehidupan orang kita, habis belajar, kahwin. kemudian baru mencari kerja.ramai yang aku kenali yang kahwin setelah belajar, kebanyakannya dengan pasangan mereka yang sudah bersama dari zaman belajar lagi.

samalah seperti aku dahulu. sebaik sahaja aku graduasi, aku dan rakan-rakanku yang masih single sibuk mencari seseorang. kami risau sekiranya kami masih tidak punya sesiapa bila sudah mula bekerja, kami akan end up sendirian.kerana kesibukan kerja dan realiti yang all the good guys will be taken once they start working. dan bila kau masuk ke alam pekerjaan, lebih separuh dari lelaki yang kau jumpa adalah suami orang. betul, kan? lebih-labih lagi bila kau tamat belajar, umur sudah 24-25-26, dan umur begini bagi orang kita sudah ranum untuk dipetik. pada waktu itu, semua yang kau kenal dan masih single berpotensi menjadi The One.

3. WHEN ENOUGH IS ENOUGH.

kau baru tamat satu hubungan yang tidak langsung membuahkan hasil melainkan heartbreaks dan disappointments. dan kau sudah merasa amat penat untuk melalui kembali semua fasa percintaan. kau sudah terlalu emotionally drained setelah melalui satu hubungan yang terputus di tengah jalan. the truth that you realize is that, sebenarnya lama mana pun hubungan itu dan sedalam mana kau sangka kau kenal pasangan kau itu, itu tidak menjamin kesinambungan hubungan itu dan tidak menjamin akhirnya hubungan itu ke sebuah perkahwinan. kau rasakan yang hubungan yang lama ini membazir masa and a waste to your youth. masa yang kau tidak akan dapat semula. you realize you are not getting any younger.

maka sebabnya itu, kau sudah tanam azam, the next one, I will and am gonna make it short, simple and sweet. kau tidak lagi mahukan tempoh perkenalan yang berjela-jela dan courtship yang berbunga-bunga. kau mahu satu hubungan yang straight to the point. kau tahu apa yang kau mahukan, dan dia tahu apa yang dia mahukan. a marriage. dan bila dia pun mempunyai mindset yang sama, that enough is enough, maka sudah tentu peluang dirinya diangkat menjadi The One adalah tinggi. sudah ramai rakan-rakan yang aku jumpa (termasuk diri aku sendiri) yang dalam situasi ini. sebelumnya melalui satu hubungan yang penuh dengan drama dan konflik dan berakhir dengan tragedi. dan kemudiannya, yang kali ini, percintaan yang amat sekejap, kadangkala tak sampai setahun pun, sudah diijabkabulkan. aku selalu berpendapat, perhubungan yang sebegini, dipermudahkan dan dipercepatkan kerana yang di atas sana tahu lelaki itu yang diciptakannya untuk kita. kalau dah jodoh, tentu ALLAH permudahkan, kan?

ini bukan bemaksud kau akan berkahwin dengan the next guy that says Hi to you. tak bermakna kau main rembat saja siapa-siapa yang ada untuk dijadikan suami just because kau sudah penat bercinta. faktor-faktor yang lain seperti yang aku nyatakan di bawah ini perlu dikira pakai juga.

4. THE BEST GUY COMES AT THE RIGHT TIME. AND HE SHARE THE SAME FEELINGS. 

bila si dia hadir dalam hidup kau pun memainkan peranan. he could come earlier in your life. he could come later in your life. he could be there with you your whole life. living just next door. go to the same school with you. best friends with you all this while. a friend of your brother's. a friend of a friend. tapi kau tidak tahu dia akan jadi The One kerana timingnya tidak kena. mungkin ketika itu kau sudah berpunya, atau dia sudah berpunya.atau kau sudah terlalu biasa dengan kehadirannya yang kau tidak terlalu kisah. mungkin kau masih sibuk belajar. atau kau masih tidak bersedia untuk berkahwin dan mahu fokus bekerja dan mengumpul harta. mungkin kau ada terlihat gambarnya tapi kau buat tak peduli. he was there from the beginning, but you didn't realize it because he comes at the wrong time. or it just wasn't the right time yet.

dan bila kau reach a point that you think you are ready, and that the time is right, barulah kau mula membuka mata ke orang sekeliling kau. barulah kau mula open up to the oppoturnity. barulah kau bersedia untuk menerima pelawaan rakan-rakan untuk diperkenalkan. sebelum ini aku begini. aku enggan menerima pelawaan untuk diperkenalkan kepada friends of friends. i can find a guy on my own, thank you very much. lama-kelamaan, aku tukar mindset dan open up to the idea. sebaik juga aku berbuat sedemikian, kalau tidak sudah tentu aku tolak mentah-mentah mesej perkenalan suami aku ketika itu! (he is a friend of a friend, who insisted on introducing us.)

dan bila kau kenali si dia dengan mendalam, bila kau kau bandingkan dirinya dengan lelaki-lelaki yang kau pernah kenal selama ini, dia yang terbaik. dia yang paling sesuai untuk dibuat suami. dia mempunyai sedikit (tipu kalau aku katakan semua) ciri-ciri lelaki yang kau mahu dalam seorang suami. dia yang paling logik untuk dibuat suami. dia yang lebih memahami kau dari lelaki-lelaki lain. dan hanya dia yang boleh membuat kau berperasaan sebegitu. dan setakat ini, SETAKAT INI, dia yang mengungguli carta hati  kau dan carta lelaki pilihan kau. he is what you need at that time.

dan dia berperasaan yang sama seperti yang kau rasa. dia juga merasakan yang kau adalah far better dari kesemua optionnya sebelum ini. semua perempuan yang dia pernah jumpa.dia juga amat berpuas hati dengan kesesuaian kau dan dia. kau cukup dari semua segi dan kriteria yang dia mahukan dalam seorang isteri berbanding yang lain.

pendek kata, he is the best SO FAR. dan kau juga, the best for him, SO FAR. setakat ini, antara semua yang ada, dia merasakan kau yang terbaik. dan kau juga begitu. (kerana kalau bukan kau yang terbaik, sudah tentu dia memilih yang lain.yang lebih baik.) kerana itulah timingnya penting di sini. kerana dalam hidup ini, di masa depan nanti, kau akan rasa yang kau terjumpa yang lebih baik, yang lebih cantik, yang lebih bagus. but what makes him the one is that, AT THE PRESENT TIME, kau rasakan dia yang paling lebih dalam segala hal.

and of course, he have to share the same feelings. dia pun mahu settle down. he is in a search to find a wife to share his life with. he think he is emotionally stable and mature enough to start a family. dia mahukan apa yang kau mahu, iaitu sebuah perkahwinan. you both MUST WANT THE SAME THING. sekiranya si dia masih tidak bersedia untuk settle down, masih mahu look around, dan kau jumpa dirinya sewaktu dia berfikiran sebegini, sudah tentu tak jadi juga. terbaik mana pun kau rasakan si dia itu, namun sekiranya dia masih mahu mencari dan mencari, dan tidak lagi bersedia meletakkan noktah atas pencariannya, maka tidak mungkin dia boleh dikira The One.

5) AND OF COURSE, WHEN GOD SAY IT'S THE RIGHT TIME, THEN IT'S THE RIGHT TIME. 
enough said.
***

aku bagi beberapa situasi yang lebih menerangkan hal ini.

a) seseorang yang tidak pernah menjebakkan diri dalam relationship selama ini, sama ada prinsipnya sendiri untuk tidak bercouple atau dia sememangnya picky dan punya kriteria yang ketat, tiba-tiba kau terima kad jemputan perkahwinannya dengan entah siapa-siapa. sedikit pun tidak menepati langsung ciri-criri yang dia war-warkan selama ini. dia mahu yang kaya, yang muka jambu macam korea, yang rambutnya belah tengah. bila kau tengok, eh takdelah hebat sangat mamat ni. muka pun terang-terang melayu dengan hidung kembang.  ramai lagi yang dia boleh dapat. but why him? because the timing is right. and the guy came at the right time. he may not be what she wants, but he is what she need at that exact time.

b) seseorang yang single selama ini, tiba-tiba kau dapat berita si dia berjumpa kembali dengan rakan sekolah lama, dan they end up marrying each other. sedangkan di sekolah dahulu, tak pernah pun bercinta. bercakap pun tak pernah. kalau kau tengok situasi si dia, sudah tentu timingnya memenuhi situasi-situasi di atas. at one time in their life, they don't think they are right for each other. the timing is off. but now, it's different, everything fits perfectly. now, the time is RIGHT. and so they wed each other.

c) macam aku dahulu, aku mengenali suami aku sekarang ini sebelum aku memulakan housemanship. aku sudah pasti yang aku mahukan di sebagai suami pada date pertama kami. on the very first date, i know that I want to marry him. sedangkan aku sudah berkenalan dengan a few people before him. dan ibuku juga berpesan untuk aku jangan rushing membuat apa-apa keputusan selagi aku belum bekerja. takut aku terjumpa yang lebih baik. tapi bagi aku ketika itu, the timing is right. and he is the best so far. (he is still the best one yet.*senyum*)

d) seseorang yang went through loads of guys in her life. sana sini dia dilamar. sana sini dia diminati. namun tidak ada satu pun yang dia mahukan atau come close as being The One. again, the reason is because for her the timing is not right. it could be that the guy that she wants doesn't want the same thing, or she doesn't want the guy who wants the same thing, or she doesn't think that the guys she met so far is the best, and that she could find better. and so she wait.

e) a couple that has been together for a loooonnggggg time but still no wedding bells. mungkin mereka masih merasakan yang tmingnya belum kena. either one is not ready to settle down. or they are still trying to build a career first. or they are not sure that the significant other is the best person for them.

f) or a couple that has been together for a loongggggg time and everyone expect them to get married in a big wedding and have dozens of kids. and boom, they broke up. and each marry another person. mungkin timingnya sentiasa salah. they could be right for each other, but the timing is just not right. so they don't end up with each other.

g) ada juga a few yang aku kenal, sudah bercinta bagai nak gila namun di pertengahan jalan, sudah terputus kerana keluarga. mereka ini ada yang berkahwin dengan yang lain, ada yang remain single, dan akhirnya, tiba-tiba berjumpa kembali dengan kekasih lama. mungkin pada masa pertama kali itu, he's the right one cuma timingnya salah. dan years later, barulah masanya sudah tiba untuk mereka bersama.

oleh kerana itu, aku merasakan faktor utama yang menentukan siapa jodoh kita ketika itu adalah MASA. timing si dia hadir dalam hidup kita. kalau seseorang itu hadir dalam hidup kita pada waktu yang tidak sesuai dalam definisi kita sendiri, sudah tentu dia tidak boleh dianggap The One. maksud aku, timing yang salah ini adalah sekiranya:

dia hadir sewaktu kita belum bersedia untuk kahwin,
atau kita/dia SUDAH PUN berkahwin,
atau kita/dia merasakan yang kita boleh berjumpa yang lebih baik,
atau sewaktu kita/dia sudah berpunya,
atau sewaktu kita/dia masih tidak bersedia emosi,
atau kita/dia tidak berperasaan dan berkemahuan yang sama,
atau kita/dia masih financially unstable dan menguruskan diri sendiri pun masih huru-hara,
atau sewaktu kita/dia mempunyai komitmen lain seperti masih belajar and the last thing we want is a marriage to tie us down,

maka peluangnya menipis untuk menjadi The One.

there is no such thing as "the right person at the wrong time" . kalau seseorang itu hadir dalam hidup kau pada timing yang salah, kesimpulannya senang. DIA BUKAN UNTUK KAU. it's as simple as that. keduanya perlu hadir dalam satu equation.

there is only "the right person at the right time at that particular moment". and that is why you choose that particular person to be with you till the end.

but it doesn't mean he can't be one. He could be the one in the future. tomorrow, next year. in 10 years time. but just NOT NOW. 

dia perlu hadir pada waktu yang sesuai. the right timing. namun, timing ini, kita tidak berkuasa sepenuhnya untuk mengawal bila waktu yang tepat si dia datang. situasi yang aku sebut di atas ini hanyalah dari sudut seorang manusia. sudah tentu timing itu wholly depends kepada yang di atas sana. bila DIA mahu datangkan seseorang itu untuk kita. dan bila DIA rasa kita bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. DIA akan datangkan The One itu bila masanya bersesuaian.

dan bagi yang masih menanti, 

kadang-kadang kita merasakan kita sudah bersedia. kita sudah emotionally dan financially stable. kita menanti dan terus menanti, namun si dia masih tidak muncul-muncul. bila ini terjadi, it's not that there is something wrong with you. of course it/s not. di atas sana sudah menyuratkan yang masih belum tiba masanya untuk kau settle down. namun, jangan pula kau terus menyerah dan mengalah.

luaskan pandangan.
bukakan fikiran.
lembutkan hati.
dan banyakkan berdoa.

it's better to be alone than to marry and regretting it later. be open to get to know other people. bila Tuhan kata sudah tiba masanya, si dia akan datang juga.

in a nutshell, you could meet a long string of men in your life, but you end up with that one person not because he is Mr Right, but because the TIMING is right. he became the one because he is The One at that particular moment.

***
dan untuk memastikan yang The One ini kekal sebagai The One, key words ini penting:

"The key to succeeding in a relationship is NOT finding the right person, it's LEARNING TO LOVE the person you found."

faham, kan?
untuk mencari seseorang, tidak sukar mana sebenarnya. untuk mengekalkan hubungan itu, yang payah. the right man has come at the right time to your life. and now you that you found him, you have to learn to love him.like, really love him. now, and forever.in good times and bad times.

he will change. he will get bored of you. and you wil get bored of him. there will be things about him that you found about him that you don't like. and him, yours. the conversation will become shorter and shorter. the intimacy will become lesser and lesser. the distance will became further and further. and this is what happen with relationships. ada sahaja perbuatan si dia yang kau akan rasa menyampah dan meluat. you won't be in the same heart-fluttering, cheek-blushing, daydreaming phase all the time. those times will end, dan di sini bermulanya hubungan yang sebenar.

apa bila hubungan itu sudah hambar, sudah bertahun lamanya, ya, kau boleh decide untuk menyerah kalah dan mengibar bendera putih.  take the easy way out, berjumpa dengan orang lain and declare yang baru ini is the one kerana dia lebih baik dari yang kau ada sekarang. but in few years time, the same cycle will happen, and you will find yourself in the same relationship breakdown. takkan kau mahu berkahwin cerai setiap beberapa tahun hanya kerana the right person doesn't seems so right anymore?

waktu seperti inilah soalan seperti, "is he really the right one for me?" akan mula bermain-main di ingatan.

ayat seperti " I choose him, because at that particular moment, he seems like the right guy. but now, I'm not so sure whether he still is." tidak melepaskan kau dari tanggungjawab ini.

baca dan fahamkan dulu ayat yang aku boldkan di atas.

tengoklah kalau aku rajin, akan aku kupas ayat ini. satu hari nanti.

it's better to be alone than to marry and regretting it later. be open to get to know other people. bila Tuhan kata sudah tiba masanya, si dia akan datang juga. :)
***

aku bagi beberapa situasi yang lebih menerangkan hal ini.

a) seseorang yang tidak pernah menjebakkan diri dalam relationship selama ini, sama ada prinsipnya sendiri untuk tidak bercouple atau dia sememangnya picky dan punya kriteria yang ketat, tiba-tiba kau terima kad jemputan perkahwinannya dengan entah siapa-siapa. sedikit pun tidak menepati langsung ciri-criri yang dia war-warkan selama ini. dia mahu yang kaya, yang muka jambu macam korea, yang rambutnya belah tengah. bila kau tengok, eh takdelah hebat sangat mamat ni. muka pun terang-terang melayu dengan hidung kembang.  ramai lagi yang dia boleh dapat. but why him? because the timing is right. and the guy came at the right time. he may not be what she wants, but he is what she need at that exact time.

b) seseorang yang single selama ini, tiba-tiba kau dapat berita si dia berjumpa kembali dengan rakan sekolah lama, dan they end up marrying each other. sedangkan di sekolah dahulu, tak pernah pun bercinta. bercakap pun tak pernah. kalau kau tengok situasi si dia, sudah tentu timingnya memenuhi situasi-situasi di atas. at one time in their life, they don't think they are right for each other. the timing is off. but now, it's different, everything fits perfectly. now, the time is RIGHT. and so they wed each other.

c) macam aku dahulu, aku mengenali suami aku sekarang ini sebelum aku memulakan housemanship. aku sudah pasti yang aku mahukan di sebagai suami pada date pertama kami. on the very first date, i know that I want to marry him. sedangkan aku sudah berkenalan dengan a few people before him. dan ibuku juga berpesan untuk aku jangan rushing membuat apa-apa keputusan selagi aku belum bekerja. takut aku terjumpa yang lebih baik. tapi bagi aku ketika itu, the timing is right. and he is the best so far. (he is still the best one yet.*senyum*)

d) seseorang yang went through loads of guys in her life. sana sini dia dilamar. sana sini dia diminati. namun tidak ada satu pun yang dia mahukan atau come close as being The One. again, the reason is because for her the timing is not right. it could be that the guy that she wants doesn't want the same thing, or she doesn't want the guy who wants the same thing, or she doesn't think that the guys she met so far is the best, and that she could find better. and so she wait.

e) a couple that has been together for a loooonnggggg time but still no wedding bells. mungkin mereka masih merasakan yang tmingnya belum kena. either one is not ready to settle down. or they are still trying to build a career first. or they are not sure that the significant other is the best person for them.

f) or a couple that has been together for a loongggggg time and everyone expect them to get married in a big wedding and have dozens of kids. and boom, they broke up. and each marry another person. mungkin timingnya sentiasa salah. they could be right for each other, but the timing is just not right. so they don't end up with each other.

g) ada juga a few yang aku kenal, sudah bercinta bagai nak gila namun di pertengahan jalan, sudah terputus kerana keluarga. mereka ini ada yang berkahwin dengan yang lain, ada yang remain single, dan akhirnya, tiba-tiba berjumpa kembali dengan kekasih lama. mungkin pada masa pertama kali itu, he's the right one cuma timingnya salah. dan years later, barulah masanya sudah tiba untuk mereka bersama.

oleh kerana itu, aku merasakan faktor utama yang menentukan siapa jodoh kita ketika itu adalah MASA. timing si dia hadir dalam hidup kita. kalau seseorang itu hadir dalam hidup kita pada waktu yang tidak sesuai dalam definisi kita sendiri, sudah tentu dia tidak boleh dianggap The One. maksud aku, timing yang salah ini adalah sekiranya:

dia hadir sewaktu kita belum bersedia untuk kahwin,
atau kita/dia SUDAH PUN berkahwin,
atau kita/dia merasakan yang kita boleh berjumpa yang lebih baik,
atau sewaktu kita/dia sudah berpunya,
atau sewaktu kita/dia masih tidak bersedia emosi,
atau kita/dia tidak berperasaan dan berkemahuan yang sama,
atau kita/dia masih financially unstable dan menguruskan diri sendiri pun masih huru-hara,
atau sewaktu kita/dia mempunyai komitmen lain seperti masih belajar and the last thing we want is a marriage to tie us down,

maka peluangnya menipis untuk menjadi The One.

there is no such thing as "the right person at the wrong time" . kalau seseorang itu hadir dalam hidup kau pada timing yang salah, kesimpulannya senang. DIA BUKAN UNTUK KAU. it's as simple as that. keduanya perlu hadir dalam satu equation.

there is only "the right person at the right time at that particular moment". and that is why you choose that particular person to be with you till the end.

but it doesn't mean he can't be one. He could be the one in the future. tomorrow, next year. in 10 years time. but just NOT NOW. 

dia perlu hadir pada waktu yang sesuai. the right timing. namun, timing ini, kita tidak berkuasa sepenuhnya untuk mengawal bila waktu yang tepat si dia datang. situasi yang aku sebut di atas ini hanyalah dari sudut seorang manusia. sudah tentu timing itu wholly depends kepada yang di atas sana. bila DIA mahu datangkan seseorang itu untuk kita. dan bila DIA rasa kita bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. DIA akan datangkan The One itu bila masanya bersesuaian.

in a nutshell, you could meet a long string of men in your life, but you end up with that one person not because he is Mr Right, but because the TIMING is right. he became the one because he is The One at that particular moment.

***
dan untuk memastikan yang The One ini kekal sebagai The One, key words ini penting:

"The key to succeeding in a relationship is NOT finding the right person, it's LEARNING TO LOVE the person you found."

faham, kan?
untuk mencari seseorang, tidak sukar mana sebenarnya. untuk mengekalkan hubungan itu, yang payah. the right man has come at the right time to your life. and now you that you found him, you have to learn to love him.like, really love him. now, and forever.in good times and bad times.

he will change. he will get bored of you. and you wil get bored of him. there will be things about him that you found about him that you don't like. and him, yours. the conversation will become shorter and shorter. the intimacy will become lesser and lesser. the distance will became further and further. and this is what happen with relationships. ada sahaja perbuatan si dia yang kau akan rasa menyampah dan meluat. you won't be in the same heart-fluttering, cheek-blushing, daydreaming phase all the time. those times will end, dan di sini bermulanya hubungan yang sebenar.

apa bila hubungan itu sudah hambar, sudah bertahun lamanya, ya, kau boleh decide untuk menyerah kalah dan mengibar bendera putih.  take the easy way out, berjumpa dengan orang lain and declare yang baru ini is the one kerana dia lebih baik dari yang kau ada sekarang. but in few years time, the same cycle will happen, and you will find yourself in the same relationship breakdown. takkan kau mahu berkahwin cerai setiap beberapa tahun hanya kerana the right person doesn't seems so right anymore?

waktu seperti inilah soalan seperti, "is he really the right one for me?" akan mula bermain-main di ingatan.

ayat seperti " I choose him, because at that particular moment, he seems like the right guy. but now, I'm not so sure whether he still is." tidak melepaskan kau dari tanggungjawab ini.

baca dan fahamkan dulu ayat yang aku boldkan di atas.

tengoklah kalau aku rajin, akan aku kupas ayat ini. satu hari nanti.

Thursday, August 18, 2016

When I was a houseman~ -An Introduction.

Setelah aku menjadi suri rumah ini, barulah aku merindui saat-saat menjadi doktor di Malaysia dulu. Yalah, manusia ini kan begitu. BIla sudah tidak di situ, barulah kita menghargai tempat berpijak. Di tengah-tengah kekalutan aku menyediakan dokumen dan mempersiapkan mental dan fizikal untuk bekerja di sini (ya, aku bukan di Malaysia), aku rasa adil kalau aku mahu mengimbas kembali saat paling bittersweet dalam hidup seorang doktor.

HOUSEMANSHIP. kan? (disahut dengan kata-kata YA dari doktor-doktor lain, tentunya.)

nah aku belanja satu gambar aku. ini sewaktu aku baru habis tagging, dan terpaksa bertugas pada Hari Raya Haji (hence the baju kurung. NEVER wear baju kurung during medical posting. I will tell you why in later posts.)

Ayat di atas, yakni 'When I was a houseman..' adalah satu ayat yang cukup paling dibenci oleh semua-semua houseman jikalau diucapkan oleh MO ataupun specialist. Aku tidak berpeluang untuk menggunakan ayat ini kerana aku tak sempat untuk merasa memiliki houseman memandangkan aku bekerja di Hospital Daerah sejurus selepas aku menjadi MO. ayat ini dibenci kerana ia seolah-olah mahu membandingkan zaman housemanship dahulu (yang akan diexaggerate sedikit untuk menampakkan kesusahannya) dan waktu zaman housemanship sekarang (yang akan diperlekehkan untuk menampakkan kesenangannya dan kemanjaan HO-HO muda). 

Saat menjadi houseman adalah saat paling menyeksakan dalam semua doktor. saat paling fizikal diuji dengan:

waktu kerja yang menggila, (bersedia untuk balik lewat 4-5 jam dari waktu yang kau seharusnya balik dan datang kerja bila tiba-tiba rakan kerja kau mysteriously disappeared)
bebanan kerja yang membukit, (dalam waktu yang beberapa jam, kau harus berada di 3 tempat yang berbeza, misalnya radiology minta appointment, lab untuk trace result dan bilik rekod untuk trace rekod lama, dan kau harus ambil darah untuk 5 patient berlainan dan setiap satunya ada 4-5 jenis darah perlu diambil)
seksaan mental oleh orang sekeliling, (jelingan dari staff nurse yang mahu menghabiskan dulu report sedangkan kau mahu menulis pm review, marahnya pesakit apabila kau mencucuk 3-4 kali masih tak dapat-dapat ABG, viralnya gambar kau dari saudara pesakit yang complain 'doktor ni tak buat apa-apa kat ayah tiri sedara dua pupu saya!' dan menjawablah kau pada pengarah dsbgnya, tengkingan MO kerana darah yang diambil minggu lepas masih tidak ada dalam sistem, marahnya isteri pada kau pasal kau lupa nak mandikan anak selepas pengsan terus balik dari kerja)
dan tekanan perasaan sendiri (soalan seperti "am I cut out to be a doctor?" yang berlegar pada minda setiap kali pergi dan balik kerja. sejujurnya ramai sudah rakan seperjuangan aku yang quit dari housemanship setelah1-2 posting. ramai juga yang perlu berjumpa dengan pakar psikiatri.)

But neverthless, I , enjoyed my housemanship. 

kerana waktu ini, percayalah:
kau belajar paling banyak. kau akan buat silap, itu sudah tentu, dan waktu itulah kau akan paling banyak belajar. kau cuma perlu melihat di sebalik awan kelabu itu, dan kau akan nampak pelanginya. waktu ini, tanggunjawab bukan pada kau. kau hanya perlu menjalankan perintah MO dan specialist, dan kau hanya perlu memahami logiknya dan rasionalnya mengapa mereka melakukan begitu. 

sekiranya apa-apa terjadi, don't worry, you got your ass covered by these very people. that is why mereka marah betul kalau kau screw up. kerana bukan kau yang perlu menjawab di mortality. (which is the scariest thing everrr to attend!)

anyway, I decided to write a few short (maybe long, since it is me who's writing), on this topic. khas untuk mereka yang bakal menempuhi dua tahun housemanship di Malaysia. dan untuk mengenang kembali zaman kita muda-mudi dulu, kepada yang pernah menjadi houseman. dan juga sebagai satu pencerahan kepada umum, yang kebanyakannya selalu mengutuk mencaci hina pegawai perubatan siswazah UD41 atau dalam bahasa kasar, DOKTOR PELATIH. biarlah umum tahu apa yang doktor pelatih ini buat sehari-hari. 

(kemungkinan besar entry ini akan dicampur dengan dua bahasa, dan juga slang-slang perubatan. google je la ya. bukankan google itu kebiasaan anda? hehe.dan kebanyakan gambar aku ambil dari page ONE PINT NORMAL SALINE, sememangnya satu website yang memaparkan kartun kejadian dan realiti hidup seorang doktor!)

AFTER MEDICAL SCHOOL.

Aku pulang ke Malaysia, membawa segulung scroll dengan perasaan yang bangga (dan hati yang patah.ehem.) Yang aku tahu, aku mahu rehat dahulu. aku mahu raya dulu dengan keluarga sebelum aku memulakan kerjaya aku sebagai doktor. Sewaktu itu, hanya perasaan bangga yang melimpah ruah. yalah, beraya ke rumah orang, semua akan bertanya, 'waahhhhh azi dah jadi doktor eh sekarangggg!!' kembang kuncup aku senyum mengiyakan. Bangga kerana title Dr itu sudah layak digunakan oleh aku. ternyata ketika ini aku masih dalam ilusi hebatnya menjadi seorang doktor. Aku penuhkan waktu dengan ke Celebrity Fitness, kerana waktu itu aku tidak berfikir langsung untuk menyediakan diri aku sebagai seorang doktor. Aku hanya berfikir untuk mencari jodoh dan berehat. 

setibanya surat untuk kursus induction di Gambang, hati aku sudah bercampur aduk perasaannya. nervous pun ada, gembira pun ada, takut pun ada. Sewaktu kursus induction, aku rasa semua peserta termasukla aku sudah berkobar-kobar untuk menjadi seorang doktor yang berwibawa, empathy, penyayang, pengasih, dan segala-galanya yang baik. Sampai sahaja surat arahan lapor diri, aku sudah teruja betul. 

HOSPITAL KUALA LUMPUR. 

ya, itulah tempat pertama aku akan bertugas sebagai seorang doktor. Malam sebelum aku memulakan kerjaya aku, habis aku selongkar almari. Siap beli baju baru untuk mula bekerja. senyum sampai ke telinga tidurku malam itu. terbayang-bayang kewibawaan aku sebagai seorang doktor nanti. 

and the rest is history. 

from the very first day of housemanship, my goal changed. completely. from 'I WANT TO BE THE BEST DOCTOR EVER!' to 

' I JUST WANT TO SURVIVE MY HOUSEMANSHIP.' seriously. 

POSTING PERTAMA: MEDICAL

aku dan rakanku, Iz, (suku dari nama sebenar) sengaja memilih Perubatan sebagai posting pertama kami, dan aku syorkan juga kamu-kamu yang mahu memasuki housemanship, untuk memilih yang sama. ini kerana:

SATU, Perubatan adalah basic kepada semua bidang. oleh itu, apa yang kau belajar di sini, kau boleh praktikkan pada bidang yang lain. contohnya, bila nurse memberitahu kau, 'DOktor!!patient bed 21 BP tinggi!!' kau tahu kau perlu buat apa. dan perkara yang sama akan berlaku di bidang pembedahan, orthopedik, kecemasan dan lain-lain. akan lain sedikit di O & G, but you get what I'm saying. Basic management kau sudah pakar bila kau masuk ke bidang lain. dan ubat-ubat typical yang selalu digunakan di Malaysia juga kau akan mahir. Amlodipine, Metformin, Actrapid, aspirin, dan sebagainya. 

kau perlu kepakaran basic management ini, kerana pada satu malam itu, nurse akan memanggil kau untuk menyelesaikan semua perkara yang terjadi di wad. 

"Dr Azyan! patient bed 40 mengadu sakit pinggang!'
"Dr Azyan! patient bed 5 jatuh dalam toilet! darah kat kepala!'
"Dr Azyan! patient bed 21 mengadu sakit dada!'
"Dr Azyan! patient bed 17 refuse medication!'
"Dr Azyan! patient bed 32 DXT 16!"

dan semua aduan ini akan sampai SERENTAK pukul 3 pagi,  tatkala kau lalok tetapi kau perlu mengambil darah coming morning untuk 30 patient dan result darah perlu siap pada pukul 8 pagi. 

DUA. Perubatan ramai gila patient! dan kau tidak akan berjumpa patient seramai ini di wad-wad bidang yang lain. satu wad yang boleh memuatkan 50 orang, biasanya boleh memuatkan 3 kali ganda dari angka tersebut. dan oleh kerana bilangan houseman adalah 1/5 atau 1/10 dari bilangan patient, kau akan belajar untuk prioritize things. kau akan belajar how to get things done in a faster way. kau akan learn how to juggle things. dan badan kau juga akan adapt dengan kepenatan melayan 150 patient in a day. 

ada satu malam, sewaktu aku di wad 18 (wad paling horror di HKL), patient bertalu-talu dihantar kerana kecemasan terbakar (yang aku dengar). semua patient dihantar naik ke atas. aku rasa hampir 200 patient dalam satu wad itu. tidak ada tempat untuk staff nurse dan kami lalu. tepi kanan kiri depan belakang semua dipenuhi dengan troli pesakit. ada yang duduk atas kerusi memegang IV drip yang sudah bercampur dengan darah. hampir gila kami semua dibuatnya. aku sendiri kagum dengan diri sendiri kerana mampu menangani malam itu, and survived the night, somehow. 

bila aku masuk ke bidang lain, aku sudah hilang rasa kepenatan itu kerana bagi aku posting lain amat relaks kalau mahu dibandingkan dengan medical psoting. (again, except for O&G. bagi aku.). 

TIGA, kau akan dapat belajar banyak prosedur di perubatan. selepas posting Medical, kau ambil darah tutup mata saja (unless it's IVDU patient or dialysis patient kerana itu memang mencabar hatta speicalist sekalipun) kerana itu kerja rutin kau hari-hari. kau akan jadi amat terror ambil ABG terutamanya. kau akan pandai CPR (kerana almost everyday akan ada patient collapse), intubate, chest tube, dan sebagainya. 

pada mulanya, aku memang agak kekok mengambil darah. di Ireland tempat aku belajar, kami tidak dibenarkan mengambil darah sesuka hati, dan di Ireland, cara ambil darahnya menggunakan vacuum flask, bukan syringe. terketar-ketar tangan aku sewaktu mengambil darah TFT untuk seorang makcik kali pertama di HKL, sambil diperhatikan oleh rakan aku. malangnya, aku tidak berjaya mengambilnya. waktu itu depressnya ya Allah. ingin sahaja aku give up, namun kerana aku ditugaskan tagging di cubicle denggi, aku perlu mengambil darah semua patient tiga kali sehari. lama-kelamaan, keberanian dan confident itu datang sendiri dan aku sudah mula gian untuk mengambil darah. begitu juga dengan ABG. ABG amatlah menyakitkan patient, dan kau harus cepat, cekap dan tepat untuk mengambil ABG. aku memang fail awal-awal itu. apabila sudah ditugaskan di cubicle acute, nak tak nak aku perlu juga tahu. sememangnya selepas seminggu, cekap sahaja aku. 

EMPAT. di perubatan kau akan interact dengan ramai orang dari bidang lain. ini kerana kau akan jumpa banyak kes-kes yang perlu di 'co-manage' dengan ortopedik, atau O & G, atau pembedahan. Kau akan belajar tentang bidang lain sewaktu kau mahu refer case, dan kau akan belajar bagaimana mahu present case dengan betul dan detail apa yang kau perlu inform pada MO yang kau refer case. kau juga akan belajar menggunakan term-term yang betul sewaktu refer case terutamanya kes Surgery dan Orthopaedic.

SEMEMANGNYA kau akan diherdik, diperlekehkan, digelakkan, diperbodohkan dan dimarah oleh MO-MO tersebut sekiranya mereka sibuk, penat, sedang lunch ataupun kes yang kau refer itu tidak patut pun direfer. itu sudah perkara biasa. dan kau juga akan belajar memekakkkan telinga dan menelan sahaja apa yang mereka marah-marah itu. sesungguhnya bila kau menjadi MO nanti, kau juga akan berperasaan sebegitu apabila menerima case yang tidak patut direfer. dan sememangnya jawapan paling best untuk soalan,' so why are you referring this case to me, then?' adalah 'because my boss wants you to see the patient" (sambil nama-nama consultant/specialist yang garang-garang dipetik). dan yang kau paling suka (atau paling perlu diingat untuk buat adalah menulis dalam BHT patient), ayat-ayat ini,:

"Spoken to Dr ....., Case referred. Case progress noted. Dr ... will come and see the patient."

dan dengan menulis ayat ini, kau sudah terselamat dari diherdik oleh MO/specialist di round yang seterusnya. ini adalah bukti kau sudah merefer case, dan tanggungjawab melihat kes tersebut sudah dipikul oleh MO tadi. begitulah beratnya tanggungjawab seorang MO, tahu?

dan sekiranya kau selalu refer case pada MO-MO ini, lama kelamaan kau akan sudah pandai berkata-kata, dan lama-kelamaan kau sudah baik dengan mereka-mereka ini. ada yang aku selalu refer, bila call dia siap cakap 'Haaa, kau lagi? kes apa pulak kau nak refer kali ni?takpe, takpe, aku datang petang nanti." bila kau berjumpa dengan mereka di posting lain, kau sudah tahu mereka bagaimana. silap-silap boleh jadi geng. 

LIMA. hundreds of Ultrasound appointments. multiple CTs appointments. a few unlucky CT with contrasts appointments. and selit sikit other radiology tests. dan plan yang ini paling kau akan benci. ini kerana di HKL, kau harus turun ke radiology dan present case kepada Radiology of the day. dan kalau kau tidak mahir berkata-kata, kau sama ada akan dapat appointment lambat, atau tidak dapat langsung. di sinilah kemahiran exaggeration diguna pakai dengan sehabis baik. aku tidak bangga dengan kaedah ini, but I guess desperate times calls for desperate measures. 

saat inilah creatinine patient dr 100 jadi 400, liver enzyme tiba-tiba deranged kaw-kaw, GCS patient improved/ reduced, dan sebagainya, semuanya untuk mendapat satu tarikh. yang paling tidak mahu kau dengar adalah, " Ask your MO to come and get the appointment'. saat itu kegagalan memang kau rasakan sehingga ke dalam sendi-sendi dan tulang-tulang. 

dan skills ini, yang akan banyak dipraktikkan di Medical, akan kau developed over the 4 months. skills inilah yang akan membantu kau di posting-posting lain. 

ENAM. selalunya MO dan specialist di Medical baik-baik belaka dan mahu mengajar. bukan aku mahu katakan di posting lain malignant. bukan begitu. aku baik sahaja dengan kebanyakan MO di posting lain. Namun, MO di Medical cukup suk berkongsi ilmu mereka sewaktu rounds. dan specialist juga suka menjadikan ward round sebagai satu kelas mengajar atau teaching ward round. lebih-lebih lagi di Malaysia ini, banyak kes-kes pelik yang akan kau jumpa. Hepatomegaly bersepah-sepah. kau palpate sikit sudah terasa. Walaupun kau akan penat dan tidak sempat mengulang kaji setelah kau pulang ke rumah, di hospital kau boleh bertanya dan memerhatikan bagaimana mereka manage kes-kes seperti denggi, ACS, pneumonia dan sebagainya. kau boleh bertanya bagaimana mahu membaca ECG dan ABG. 

dan staff nurse di wad Medical juga selalunya lebih berpengetahuan dalam management patient. kau tanya sahaja mereka sekiranya kau terlupa dos Augmentin. 

TUJUH, perubatan adalah posting yang paling ramai houseman ditempatkan. di sinilah waktunya untuk kau mencari network support kau. (mencari jodoh pun bolehh). kebanyakan dari mereka selalunya first atau second posting, dan mereka juga seperti kau. ketakutan dan kepenatan. bond inilah yang akan membantu kau untuk mengharungi hari-hari mendatang, kemungkinan besar kau akan jumpa orang-orang ini di posting lain, dan senang untuk kau minta tolong. kau juga akan dapat detect siapa yang rajin, yang berkira, yang pemalas, yang suka MIA, yang pandai cakap manis, yang anak-anak menteri/specialist/pengarah dan sebagainya. kau tahu siapa yang kau perlu berhati-hati dan siapa yang kau boleh percaya. aku mengenali paling ramai houseman lain sewaktu di medical. Memandangkan tidak ramai rakan sekolej aku yang meminta HKL. jadi bila aku ke posting lain, aku tidaklah sekekok awal-awal aku mula masuk kerana sudah ramai yang aku kenal.

okay, aku rasa cukup setakat ini post yang ini. akan aku teruskan di post yang seterusnya. nak goereng ayam sekejap. 

coming up: (yang aku boleh fikirkan)

A TYPICAL DAY OF A MEDICAL HOUSEMAN
TIPS ON SURVIVING HOUSEMANSHIP
A REVIEW SAMPLE

Thursday, June 30, 2016

Bahasa.

Akan terjadi sekali-sekala, aku hanya mahu meluah tentang apa-apa yang terlintas di hati atau fikiran ini. Tidak perlu terinspirasi dari siapa-siapa atau apa-apa. Aku rasa, sekiranya perasaan itu pernah aku lalui sendiri, itulah sumber inspirasi paling besar untuk aku.

Aku cuma berfikir, yang kadang-kadang, aku ini, akan datang inspirasi-inspirasi untuk berkarya. Apabila perkataan-perkataan dan baris-baris ayat mula timbul, berlumba-lumba semuanya di minda aku. Sayang kalau tidak ditulis untuk dikenang di hari kemudian. Sudah lama aku tidak begini, sebenarnya.

Maka, aku timbulkan satu instagram untuk karya-karya ini. Satu gambar yang menjadi pencetus, dan diiringi dengan sedikit nota kecil menerangkan perihal gambar tersebut, dan kisah yang menjadi kaitan.

Instagram itu diberi nama ' inspirasiazyan'.

Dipersilakan untuk follow akaun itu.

***

Bahasa.

Sekiranya kau sememangnya mengenali aku, kau akan tahu yang aku dan bahasa sememangnya tidak boleh dipisahkan. Sejak dari kecil lagi, minat membaca sememangnya sudah mengalir dalam darah aku, dan ia sekata dengan hidup aku. Bagi aku bahasa cara yang paling mudah dan jitu untuk menyampaikan segala perasaan dan pengalaman, dan ia boleh diolah dalam segala bentuk untuk bertepatan dengan mesej yang satu.

Sewaktu aku di sekolah rendah, minat aku pada bahasa Melayu memang amat kuat, dan aku seringkali mendapat hadiah Bahasa Melayu terbaik dalam pemahaman dan penulisan. Aku terlalu amat gemar menulis. Yang aku ingat, aku dan kamus Bahasa Melayu seperti isi dengan kuku, sentiasa kami bersama-sama di mana-mana. Setiap kali cikgu lambat masuk, aku akan buka kamus tersebut dan belek, mencari perkataan baru untuk diguna dalam karya-karya aku. Dan setiap kali peperiksaan bahasa Melayu untuk karangan, idea aku selalu mencurah-curah sehingga berhelai-helai kertas akan aku pinta dari pegawai peperiksaan. Teks-teks pidato dan perbahasan aku dahulu, sememangnya aku yang karang sendiri kerana minat aku yang mendalam. Sebut sahaja tajuk pidato tersebut, berbaris-baris isi sudah muncul di minda aku. Aku sempat mengarang dua buku detektif setelah tamat UPSR (untuk tatapan sendiri sahaja. Tidak pernah aku cuba untuk diterbitkan.)

Sewaktu di sekolah menengah, minat aku masih diteruskan dan masih berkembang mekar namun ianya jatuh ke no 2. (selepas lelaki. *sengih*) Aku masih aktif menghantar karya-karya berupa cerpen setiap tahun ke majalah sekolah. Aku masih mengarang teks pidato aku sendiri. Dan aku mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan sajak. Mulanya dengan kebetulan, di mana cikgu bahasa Melayu aku menyuruh kami semua menulis puisi bertemakan Merdeka, dan kami perlu menghantar hasil kami sebelum masa BM tamat. Aku endah tidak endah, dan hanya menulis sajak tersebut pada 20 minit terakhir. Tidak aku sangka sajak itu menang untuk kategori peringkat menengah rendah (dan kakak aku pula, menang peringkat menengah atas).Sejak itu aku mula melakar puisi-puisi cinta (yang ini untuk tatapan sendiri) dan patriotik untuk dihantar ke pertandingan peringkat sekolah. Aku paling cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, dan apabila masuk tingkatan 4, aku amat sukakan subjek kajian sastera. (kecuali Pasir Salak dan Bukit Kepong. Aku kurang sensitif tentang watak yang pelbagai. Keliru aku siapa siapa).

Setelah mendapat 10A dalam SPM, sudah tentu semua mengharapkan aku menjadi doktor/jurutera/peguam, etc. You know, all the big ambitions. Dan aku teruskan dengan doktor, memandangkan keluarga aku, sememangnya terdiri daripada  doktor-doktor. Aku masih dapat mengarang di KMB, dan sudah tentu subjek ini aku mendapat markah yang tinggi. Di Ireland pula, di celah-celah kesibukan ke kuliah dan melancong, aku temui satu outlet untuk mengarang, iaitu blog ini. Dan dari blog ini, aku mendapati yang bakat aku sudah makin terkikis dan makin limited. Kalau dulu, aku mampu menulis tentang apa-apa di bumi ini. Namun, kini, aku hanya dapat menulis tentang satu:

Perasaan.

Entah kenapa bakat aku hanya di situ. Mungkin selama beberapa tahun ini, setelah melalui pelbagai pertemuan dan perpisahan, setelah hati aku dipecahkan berkali-kali, setelah aku memecahkan hati orang berkali-kali, setelah pelbagai ragam dan personaliti yang aku kenal, hanya itu sahaja pengalaman hidup aku yang boleh dijadikan inspirasi. Hanya itu sahaja subjek yang dekat di hati aku. What is a better teacher than your own experience, kan?

Minat membaca aku sudah agak terpesong dan lari dari norma yang dulu. Kalau dulu, di sekolah menengah, seringkali aku meluangkan masa membaca buku-buku hasil sasterawan, yang berkisar tentang alam, kemanusiaan, kesusahan dan tragedi. Ayah aku rajin membawa kami ke jualan buku Dewan Bahasa dan Pustaka di Keramat, dan aku akan berasa seolah aku di syurga aku sendiri, memilih buku demi buku. Sewaktu ayah aku membuat PhD di UKM, aku akan ikut dia ke perpustakaan untuk memilih buku-buku yang begini. Di sekolah menengah pun aku begitu. Sesibuk-sibuk aku dengan pelajaran, aktiviti, kokurikulum dan bercinta monyet, aku masih setia ke perpustakaan dan mencari buku yang berkualiti. Namun sekarang, aku hanya membaca buku novel Inggeris yang temanya ringan dan bersahaja. Itupun kalau aku rajin. Kalau tidak, membelek Facebook dan Instagram sahajalah aku.

Aku teringin juga menulis tentang perkara lain di sekeliling aku. Tentang dunia. Tentang kesengsaraan. Tentang kebahagiaan. Tentang tragedi. Tentang alam. Tentang perubatan. Cuma aku rasa, aku kurang pengalaman dari segi ini. Pengalaman sebegini sudah hanyut ditelan masa, ditekan ke dalam oleh perkara-perkara lain yang cetek kepentingannya.

Aku rindu menulis, tentang perkara that matters.

***

Semalam, baru sahaja aku menonton Ada Apa Dengan Cinta 2. Dan puisi-puisinya, (oleh M. Aan Mansyur) aduh, sungguh meruntun jiwa ini. Berputar-putar aku memainkan bait sajak-sajak yang diucapkan oleh Rangga, cuba menyelami satu-satu mesej yang cuba disampaikan. The poems are just incredible. Perasaan tenang membacanya,

BATAS

Sajak utama untuk cerita ini. Bahasanya ringkas, tetapi setiap patah perkataan yang diguna, gabungan menyampaikan satu mesej yang amat mendalam. Tentang setiap perkara di dunia ini, ada garisan yang memisahkan antara satu sama lain. Jurang. Jarak. Lubang. Pengakhiran. Pemisahan. Satu paksi di tengah yang kalau dilintasi, akan membawa ke satu daerah yang lain. Had.

Dan garisan ini yang menentukan segalanya dalam hidup kita. Antara hidup dan mati. Antara kasih dan tidak. Antara sayang dan tidak. Antara seseorang dengan seseorang.

Yang betul mengena tepat di hati aku adalah dua baris ini:

Bait "Atau senyummu, dinding diantara aku dan ketidakwarasan". Betapa senyum kekasih penulis sajak ini, menggaris di antara cinta dan kehilangan pertimbangan. Antara logik dan perasaan. Yang kalau diberat ke sebelah sini sedikit, maka hilanglah pertimbangan kerana terlalu sayang dan terlalu cinta, dengan hanya satu senyuman.

Bait terakhir, "Apa khabar hari ini? Lihat, tanda tanya itu, jurang antara kebodohan dan keinginanku memilikimu sekali lagi." Satu pertanyaan yang bersahaja, sebenarnya penuh dan sarat dengan kehendak dan kemahuan untuk kekasihnya kembali. Pernah tak kau mengalami, di mana apabila kau ditinggalkan/meninggalkan seseorang itu, dan tiba-tiba penyesalan menyelubungi diri dan merayu agar kau kembali mencari. Dan ayat pertama yang kau akan ucapi ke dia, sudah tentu "Apa khabar?" (dan yang sewaktu dengannya). Pertanyaan itu, yang menjadi satu garisan di antara keinginan dan kewarasan. Antara ego dan kemahuan. Ludah yang dijilat kembali vs kesedaran yang kau telah hilang satu bahagia yang selama ini ada.

PUKUL 4 PAGI.

Sajak ini, diungkapkan oleh Rangga pada saat-saat si Cinta memutuskan untuk kekal dengan Trian, dan meminta agar Rangga tidak bertemu dan memikirkan dirinya lagi. Dan si Rangga aku dan mengundur diri tanpa rela. Hanya beberapa bait yang diungkapkan, namun isinya amat mendalam dan membuat aku tercari-cari sajak ini.

Sajak ini, tentang seseorang yang sudah putus cinta. Yang sudah kehilangan dan keberantakan. Perenggan pertama menggambarkan yang kehilangan itu sudah menjadi pasti dan final. Yang tidak ada cara mahu meyakinkan lagi. Dan alam seolah-olah cuba melagukan perpisahan yang dialaminya. Dan kesedihan yang dirasai, diharap pihak yang lagi satu pun turut merasai, bukan hanya sendiri yang pedih di hati.

Perenggan kedua yang paling membuatkan aku tertarik. "Kadang-kadang kau fikir lebih mudah mencintai semua orang daripada melupakan satu orang.". Betul, kan? Sememangnya untuk menyukai, menyayangi dan seterusnya mencintai adalah terlalu mudah, terlalu sekejap, dan kau tidak perlu berusaha terlalu pun untuk memiliki perasaan yang sebegitu. Perasaan bahagia itu senang untuk didatangkan, walaupun kadang-kadang terjadinya pada orang yang tidak betul-betul menghargai dan layak dicintai pun. Sesiapa pun boleh hadir dan merangkul kasih sayang dan perhatian kau. Kau tidak perlu berfikiran waras pun untuk mewujudkan perasaan ini.

Namun, untuk melupai, amatlah sukar. Seperti yang aku pernah katakan sebelum ini, when you love somebody and he left you, you will never be able to forget him, unless you have amnesia or Alzheimer.  Selagi jantung masih berdenyut dan otak masih gigih bekerja, selagi itu kau tidak akan dapat lupakan perasaan yang telah wujud kepada seseorang yang kau betul-betul sayang. Tidak kira betapa teruk kau dilayan, tidak kira betapa pecah hati kau dideraikan, tidak kira betapa hancur perasaan kau dilanyakkan. Air mata yang mengalir itulah bukti yang paling ketara sekali. Dan ketidaklupaan ini, kau akan bawa sampai mati. Tidak kira siapa yang kau jumpa selepas ini, yang kau sayang selepas ini, yang kau bersama sampai mati, ingatan terhadap seseorang itu, the one who got away, akan berkekalan.

Bukan bermaksud kau tidak sayang yang baru ini. Seperti ayat sebelumnya, kau akan belajar menyayangi semula walaupun kau sudah dikecewakan. That's how easy it is to love somebody. Lambat laun kau akan belajar juga menyembuhkan hati yang dilukai. Namun, ingatan terhadap yang dilepaskan ini, kau perlu simpan dan tusuk sedalam-dalamnya ke belakang minda, dan cuba harungi hidup sehari demi sehari tanpanya. Kau akan belajar untuk hidup sendiridan melangkah ke depan.

Bait seterusnya, "Jika ada seseorang terlanjur menyentuh inti jantungmu, mereka yang datang kemudian hanya akan menemukan kemungkinan-kemungkinan". Aku rasa ayatnya sudah jelas bukan. Sekiranya yang ditinggalkan/meninggalkan itu yang paling agung di hati kau, ingatan kau terhadap si dia yang paling kuat dan yang paling lama, kemungkinan besar setiap kali kau bertemu yang baru, kau sudah setkan satu garisan, satu threshold yang perlu dicapai berdasarkan si dia. Dan sudah tentu yang selepas-selepas ini, tidak akan sama dengan si dia yang satu.

Itu sahaja, tafsiran sajak kita pada hari ini. :)